Cikit-cikit

Thursday, July 17, 2014

Sammer: Thiago Alcantara Akan Direhatkan Lama lagi



Pemain antarabangsa Sepanyol ini alami kecederaan ligamen medial Mac lalu.

Pengarah urusan Bayern Munich, Matthias Sammer mengakui walaupun pembedahan lutut Thiago Alcantara berjalan lancar, "dia akan memerlukan masa untuk kembali".

Pemain antarabangsa Sepanyol itu diketepikan dari aksi Piala Dunia musim panas ini selepas mengalami kecederaan ligamen media semasa perlawanan Bundesliga menentang Hoffenheim bulan Mac lalu.

Sammer menegaskan proses pemulihan Thiago berjalan lancar seperti dirancangkan tapi enggan mengesahkan sama ada midfielder itu akan cergas untuk permulaan musim baru.

"Pembedahan berjalan lancar," ujar bekas pemain Jerman itu.

"Ia masih akan mengambil masa untuk beliau kembali bermain tapi kami akan berikan masa secukupnya kepada dia."

Thiago menyertai Bayern dengan kontrak empat tahun dari Barcelona musim panas lepas dengan harga dilaporkan sebanyak €25 juta (£19.8 juta).

No comments:

Post a Comment