Aku karang watak2 one piece ni sebab aku minat sangat dengan cerita ni wlpn ada sedikit mengarut tapi aku suka nilai2 yang diterapkan dalam cerita ni terutama sekali watak-watak utama yang punya perjalanan kehidupan semasa kecil yang punya nilai2 murni so aku selalu tengok cerita ni kar cini
link : http://www.animefreak.tv/watch/one-piece-english-dubbed-online-free
SINOPSIS
One Piece ialah sebahagian daripada Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates), sebuah kumpulan lanun yang terdiri daripada sembilan orang yang belayar dari East Blue ke Grand Line selepas mendengar tentang sebuah lagenda harta karun One Piece. Namun, semasa mencari harta karun itu, mereka bertembung dengan Kerajaan Dunia (World Government) yang mengganggu perjalanan mereka dan meletakkan ganjaran kepada sesiapa yang menangkap mereka. Asalnya ahli kumpulannya hanya terdiri daripada Monkey D. Luffy seorang, tetapi bilangan ahli kumpulan bertambah kepada sembilan apabila cerita berjalan. Nama kapal pertama mereka ialah Going Merry; apabila ia rosak dan tidak boleh dibaiki, mereka mendapat kapal baru bernama Thousand Sunny. Tahap kekuatan mereka dalam teknik pertempuran amat tinggi dari orang biasa. Setiap ahli mempunyai ganjaran ke atas kepala mereka diturunkan oleh Kerajaan Dunia (World Government), dengan menggunakan mata wangBerries, pada masa ini jumlah keseluruhan ganjaran semua ahli ialah 800,000,050 Berries.
WATAK UTAMA
Monkey D. Luffy
Luffy merupakan kapten bagi Kumpulan Lanun Topi Jerami.
Luffy berasal dari Bandar Fuschia di East Blue. Latarbelakangnya begitu unik di mana abangnya Ace merupakan komander kedua armada lanun White Beard, datuknya, Garp merupakan vice admiral untuk tentera laut, dikenali sebagai wira tentera laut yang pernah beberapa kali memerangkap Raja Lanun Gol D Roger di laut. Bapanya Dragon merupakan pencetus revolusi yang menentang kerajaan sedunia.
Luffy secara kebetulan telah memakan buah syaitan Gomu Gomu (Getah) yang membolehkan badannya meregang dan memanjang seperti getah. Dengan sifat getah ini Luffy juga adalah kebal daripada kejutan arus elektrik disebabkan getah adalah penebat elektrik semulajadi. Sebarang bentuk serangan fizikal tidak berkesan terhadap luffy, peluru tembakan juga tidak memberi sebarang kesan pada tubuhnya, namun dia tidak terelak dari dicederakan oleh sebaranb benda tajam dan impak yang kuat seperti letupan bom. Secara komikal serangan yang "mesra" juga mampu mencederakannya seperti pukulan dari Nami dan tumbukan "kasih sayang" dari datuknya. Keupayaan Luffy meningkat melalui latihan intensif yang telah dilaluinya semenjak kecil dan terus meningkat dengan melalui pertempuran dengan lanun lanun berkuasa di sepanjang pengembaraannya sebagai lanun topi jerami.
Pada zahirnya Luffy kelihatan agak kebodohan dan lurus, dia begitu mudah mempercayai kata kata yang tidak masuk akal walaupun daripada pihak lawannya. Walau bagaimanapun sikapnya berubah sepenuhnya menjadi seorang yang matang setiap kali dia apabila berdepan dengan sesuatu yang serius, hinggakan dia bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk melindungi anak kapal dan kawan kawannya.
Luffy amat menggagumi Red Hair Shanks sebagai idolanya sejak kecil. Semasa perpisahan kali terakhir dengan Luffy di Pekan Fussia, Shank telah menyerahkan topi jeraminya kepada Luffy sebagai amanah dengan harapan Luffy akan menyerahkannya kembali kepadanya setelah Luffy mencapai cita citanya untuk menjadi lanun terkuat.
Impian Luffy adalah untuk mencari harta karun lagenda One Piece bersama rakan-rakannya dan seterusnya mendapatkan gelaran Raja Lanun yang menjadi idaman semua lanun.
Roronoa Zoro
Roronoa Zoro (ロロノア・ゾロ?) (dipanggil Zoro) merupakan seorang watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan teman Monkey D. Luffy yang pertama menyertai Kumpulan Lanun Topi Jerami selepas satu insiden di sebuah pulau setelah Luffy menyelamatkannya dari tentera laut yang berada di bawah pimpinan kapten Morgan bertangan kapak yang kejam.
Zoro bertarung menggunakan seni tiga pedang (Santōryū), 2 di tangan dan satu dikepit pada mulut. Dia seorang pemedang yang berani mati dan tidak teragak agak untuk menghadapi lawan yang lebih kuat daripadanya. Setiap serangannya memiliki nama unik yang mempunyai satu sebutan dengan 2 makna, yang mana kebanyakkannya diambil dari jenis-jenis makanan orang Jepun seperti Onigiri dan Sushi.
Pada masa lapang dia suka berlatih kekuatan badan dengan besi berat yang agak keterlaluan, namun kebanyakkan dari waktunya dihabiskan dengan tidur sepanjang hari.
Nami
Nami merupakan jurumudi kapal kepada Kumpulan Lanun Topi Jerami, merupakan seorang anak gadis cantik berambut oren yang seringkali kelihatan berbangga dengan kecantikannya. Pada awal siri, dia merupakan seorang pencuri yang suka mencuri harta rampasan lanun lanun yang lain. Dia telah bekerjasama dengan Luffy untuk berdepan dengan Lanun Buggy sebelum mencuri hartanya. Walaupun dianggap sebagai anak kapal kedua yang menyertai Luffy, dia hanya bersetuju secara rasmi menjadi anak kapal Luffy setelah penyertaan Usopp dan Sanji, setelah kampungnya diselamatkan.
Nami berasal dari sebuah kampung yang dikuasai oleh kumpulan lanun manusia ikan yang diketuai oleh manusia jerung bernama Arlong. Oleh kerana bakatnya melakarpeta, Nami telah dilantik menjadi salah seorang dari ahli lanun Arlong dan dipaksa untuk melukis peta laut kawasan tersebut untuk memudahkan mereka menguasai perairan sekitarnya. Nami telah membuat perjanjian dengan Arlong untuk memberikannya 100,000,000 beli seandainya dia mahu menebus kampungnya dari Arlong. Dia telah mengumpulkan wang semenjak itu untuk tujuan pembebasan kampungnya sehinggalah dia menyedari yang Arlong telah menipunya. Setelah ketibaan Luffy dan teman temannya, kumpulan lanun Arlong telah berjaya ditumpaskan dan kampung Nami telah bebas.
Selain melukis peta, Nami merupakan jurumudi yang luar biasa, dia dapat meramal dengan tepat perubahan arus lautan, suhu persekitaran dan perubahan angin, dia juga memiliki kepekaan yang tinggi terhadap perubahan cuaca. Nami bertempur menggunakan tongkat panjang yang boleh dipisah kepada 3 kerat, kekuatan tongkatnya dipertingkatkan setelah Usopp mencipta "clima tact" untuknya. Dengan Clima Tact, Nami dapat mencipta persekitaran dengan cuaca yang dikehendakinya seperti angin kencang, awan hujan dan awan kilat.
Nami mementingkan 2 perkara dalam hidupnya, Pokok Limau dari ladang peninggalan ibu angkatnya dan juga duit. Nami mempunyai impian untuk melukis peta dunia.
Usopp
Usopp (ウソップ Usoppu?) merupakan seorang watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan seorang ahli tembak dan anak kapal ketiga yang menyertai Monkey D. Luffy sebagai ahli Kumpulan Lanun Topi Jerami.
Usopp memiliki sepasang mata yang bulat penuh, berambut kerinting hampir separas bahu dan batang hidung yang memanjang kehadapan.Ia menjadi tanda pengecamannya yang paling ketara dalam banyak keadaan. Seringkali kelihatan memakai bandana dengan sepasang cermin mata unik yang boleh dilaraskan. Dia membawa beg galas yang menyimpan segala macam peralatan untuk kegunaannya di sepanjang pengembaraan.
Usopp berasal dari sebuah kampung kecil yang aman damai di laut timur. Ayah Usopp merupakan seorang lanun yang hebat, anak kapal kepada Shanks berambut merah. Dia dan ibunya telah ditinggalkan oleh ayahnya untuk menyertai angkatan lanun. Usopp bagaimanapun sangat berbangga dengan kerjaya ayahnya dan bercita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya suatu masa nanti.
Usopp seorang yang licik, seringkali menggunakan tipu helah untuk mengenakan musuhnya, dia juga merupakan penempur jarak jauh yang hebat, kebolehannya dalam menganggar jarak menjadikan apa apa sahaja yang menjadi sasarannya sesuatu yang mustahil dielakkan. Dalam satu insiden, dia telah melepaskan serangan dan mengenai sasarannya dengan tepat walaupun berada di suatu kawasan yang jauh yang mana peluru tembakan juga tidak mampu untuk sampai. Usopp menggunakan hampir apa sahaja sebagai senjata, dia selalunya menggunakan lastik sebagai senjata kegemarannya, peluru lastiknya terdiri daripada seringkas ringkas telur busuk hinggalah bom aneka jenis yang sangat berbahaya. Antara kebolehan lain usopp termasuklah merekacipta pelbagai peralatan rumit untuk pelbagai tujuan.
Usopp mempunyai impian untuk menjadi pahlawan gagah berani di laut sepertimana ayahnya Yasopp
Sanji
Sanji (サンジ?) merupakan salah seorang watak dalam kisah manga dan anime One Piece. Dia merupakan anak kapal ke-4 yang menyertai Monkey D. Luffy, berperanan sebagai tukang masak dalam Kumpulan Lanun Topi Jerami.
Sanji berambut pendek berwarna perang keemasan dengan rambut hadapan yang panjang menutupi sebelah matanya dan mempunyai sedikit janggut yang agak nipis. Apa yang unik pada wajahnya ialah hujung keningnya yang panjang telah membentuk lingkaran memusar seperti ubat nyamuk, namun ini tidak menjejaskan ketampanan wajahnya.
Sanji seringkali kelihatan memakai sut berwarna hitam dengan kemeja berbelang menegak berwarna biru di dalam, dan merokok sepanjang masa, sesuatu yang agak ironik pada ciri seorang tukang masak yang sememangnya mementingkan deria rasa.
Sanji bertempur menggunakan kaki kerana dia sangat menghargai tangannya yang digunakan hanya untuk memasak. Setiap tendangannya memiliki nama yang unik dan kebanyakkannya diambil dari nama nama masakan. Sanji mempunyai ketahanan yang sangat tinggi terhadap haba, salah satu serangan terkuatnya menjadikan sebelah kakinya merah membara dengan kepanasan yang tinggi setelah bergeser dengan udara pada kelajuan tinggi.
Secara nyata Sanji paling menghargai 2 perkara iaitu makanan dan perempuan, sebagai tukang masak dia sanggup menyediakan makanan untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya tidak kira pada mereka yang baik ataupun jahat. Dia melayan sesiapa yang lapar sebagai mereka yang perlu diberi perhatian sepenuh. Sanji juga mempunyai perasaan yang istimewa terhadap perempuan, dia berpegang pada falsafah untuk tidak akan sesekali mencederakan perempuan tidak kira kawan ataupun lawan, salah satu perkara yang membuatkan kemarahannya memuncak ialah apabila melihat perempuan dicederakan.
Sanji mempunyai impian untuk mencari All Blue
Tony Tony Chopper
Tony Tony Chopper (トニートニー・チョッパー Tonī Tonī Choppā?) merupakan watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan ahli kelima dan doktorKumpulan Lanun Topi Jerami.
Tony Tony Chopper merupakan ahli yang pertama dari kalangan haiwan yang dijemput menyertai Luffy setelah mereka menjejakkan kaki ke laut Grand Line. Chopper berasal dari spesis rusa kutub tetapi memiliki kelainan kerana lahir dengan hidung berwarna biru. Dia memakai seluar pendek dengan topi merah dan seringkali menggalas beg sandang yang diisi dengan buku perubatan, kelengkapan kecemasan dah ubat ubatan.
Chopper berasal dari kerajaan Drum di sebuah pulau yang dituruni salji sepanjang masa. Warna hidungnya yang berlainan menyebabkan dia dipulaukan oleh kumpulan rusa sejenisnya. Setelah memakan buah syaitan jenis manusia, dia mula memiliki ciri-ciri manusia, berjalan dengan 2 kaki dan bertutur bahasa manusia, namun perubahannya tidak lengkap sepenuh. Walaupun tanduknya telah hilang, dia masih lagi dilitupi bulu rusa dan hidung birunya masih kekal kelihatan menjadikan rupanya ganjil dan disalah anggap makhluk raksasa yang menakutan walaupun hakikatnya dia sangat peramah. Dia seringkali menjadi buruan manusia yang takutkan rupanya.
Chopper melalui kisah silam yang agak menyayat hati, setelah disisihkan dari kaum sejenisnya, dia mula menghampiri kelompok manusia dengan penampilan manusianya yang tidak sempurna, akibatnya dia telah diburu oleh mereka, dalam pelarian dia telah mengalami kecederaan yang serius daripadan kesan tembakan, semenjak itu dia mula tidak mempercayai sesiapa.
Nico Robin
Nico Robin (ニコロビン, Niko Robin?) adalah watak rekaan dalam siri manga dan anime One Piece diciptakan oleh Eiichiro Oda. Dia adalah anggota dan merupakan ahli arkeologi kepada Straw Hat Pirates.Dia menyertai Straw Hat Pirates setelah Chopper.Robin pada awalnya merupakan watak yang jahat dan menyertai Crocodile. Robin mempunyai kisah hidup yang amat menyayat hati.Robin Amat Dikenali dengan cara pemakaiannya yang begitu seksi.Dia memakan buah Devil yang diberi nama Hana Hana No Mi.Buah ini memberikan kuasa dengan menumbuhkan anggota anggota badan yang dikehendaki.Robin mempunyai nilai sebanyak 80,000,000 beli.
Franky
Franky (フランキー Furankī?), juga digelar "Cyborg" Franky ("サイボーグ"フランキー "Saibōgu" Furankī?), atau nama asalnya Cutty Flam (カティ・フラム Kati Furamu?)adalah ahli ketujuh yang menyertai Kumpulan Lanun Bertopi Jerami sebagai tukang kapal dalam manga dan anime One Piece.
Franky mudah dikenali melalui penampilannya, dia memakai celana renang sepanjang masa, rantai besi sebagai rantai leher dan kemeja Hawaii yang tidak dibutangkan, cara pemakaian bajunya mungkin diilhamkan daripada watak Ace Ventura di dalam filem Ace Ventura When Nature Call lakonan Jim Carrey, malah bentuk rambutnya jugak diilhamkan daripada watak tersebut. Franky berbadan sasa, lengannya pula besar dan menonjol seperti watak Popeye dan di cacah dengan bentuk bintang sudut lima berwarna merah. Dia memiliki dagu yang berbelah 3.
Beliau sebenarnya salah seorang yang dianggap sebagai tukang kapal berlegenda kerana pernah menjadi perantis serimala kapal manusia ikan bernama Tom. Sebelum menyertai kumpulan bertopi jerami Franky menjadi ketua untuk 'Ahli Keluarga Franky' yang terdiri dari kalangan samseng dari pulau Water Seven. Setelah tamat peperangan di Enies Lobby, Franky menjadi ahli rasmi menyertai kumpulan bertopi jerami setelah dipaksa dengan pujukan.
Brook
Brook seorang lanun dan juga pemuzik yang telah memakan Buah Yomi Yomi (ヨミヨミの実 Yomi Yomi no Mi?), buah syaitan jenis Paramecia yang membolehkan pemakannya hidup semula setelah mati sekali dan rohnya tinggal pada jasadnya. Di samping itu, Brook Juga merupakan seorang pemedang yang handal. Dua tahun selepas Perang Terhebat, Brook telah berjaya mempelajari kuasa baru bagi Buah Yomi Yomi yang membolehkan rohnya meninggalkan jasad.
No comments:
Post a Comment