Edinson Cavani telah mengarahkan ejen beliau menyiasat kemungkinan
potensi perpindahan ke Liga Perdana Inggeris.
Penyerang antarabangsa Uruguay berusia 27 tahun itu menyertai Paris
Saint-Germain dari Napoli pada harga sekitar £55 juta musim panas lepas dan
menandatangani kontrak lima tahun, tapi kini dilihat mahu meninggalkan ibu
negara Perancis tersebut.
Dan berita ini pastinya menarik minat Chelsea dan Manchester United,
yang sebelum ini dikaitkan dengan penyerang tersebut.
Cavani menikmati musim pertama yang sukses bersama PSG, yang mengekalkan
kejuaraan Ligue 1 selain memenangi Coupe de la Ligue, dengan Cavani
menjaringkan kedua-dua gol di final.
Namun Cavani dilaporkan tidak gembira dengan cara beliau digunakan oleh
kelab, yang sering meletakkannya di posisi sayap supaya penyerang prolifik
Zlatan Ibrahimovic boleh bertindak sebagai penyerang tengah.
Dan ketika beliau beraksi di Piala Dunia di Brazil, Cavani enggan
menolak kemungkinan perpindahan ke Manchester United.
Ditanya sama ada perpindahan ke Old Trafford berada dalam perancangan
masa depannya, beliau menjawab: “Dalam bola sepak, anda tidak pernah tahu. Apa
saja boleh berlaku.
"Hari ini anda dalam pasukan sekarang, esok, anda dalam pasukan
lain."
No comments:
Post a Comment