Sejak beberapa hari ini, satu status
Facebook menghina Islam dan Allah Taala telah disebarkan di laman sosial dan
aplikasi mesej Whatsapp.
Rata-rata
beranggapan akaun Facebook ini sengaja direka oleh seorang musuh Islam
menggunakan nama palsu seakan-akan orang Islam.
Namun disebabkan zaman sekarang ini ramai
sangat penyiasat tak bertauliah yang terror IT, maka satu kajian telah dibuat
lalu membawa kepada identiti seorang ‘mamat’ yang dikatakan pemilik akan
Facebook menghina Allah tersebut.
Apa yang mengejutkan,
dia merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah pusat
telekomunikasi terkenal.
Bagaimanapun sejauh
mana kebenaran identiti lelaki ini masih belum dapat dipastikan.
Apatah lagi, setiap kali ada kes sebegini ia
biasanya berujung dengan komen bahawa akaun Facebook pemilik terlibat digodam
oleh individu lain.
Jika benar lelaki
ini telah menghina Islam, semoga Allah masih punya kasih sayang untuk
memberikan hidayah buatnya kerana secara terang-terangan dia bukan lagi
tergolong dalam umat Muhammad
Sumber :http://mynewshub.my/
No comments:
Post a Comment