Cikit-cikit

Showing posts with label Bundesliga. Show all posts
Showing posts with label Bundesliga. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Bellarabi Menjaringkan Gol Bundesliga Paling Pantas

 Midfielder ini memecahkan rekod divisyen teratas Jerman selama 16 tahun.
Karim Bellarabi menjaringkan gol Bundesliga paling pantas sepanjang zaman, untuk meletakkan oal Bayer Leverkusen mendahului Borussia Dortmund 1-0 hanya selepas sembilan saat perlawanan.

Midfielder berusia 24 tahun ini membuka jaringan semasa Leverkusen naik menyedari terus dari sepak mula perlawanan, melorongkan bola celah kelengkang Matthias Ginter dan melepaskan percubaan melepasi penjaga gol, Mitchell Langerak.


Sebelum jaringan Bellarabi, tiga orang pemain - Giovane Elber, Ulf Kirsten dan Paul Freier – memegang rekod terdahulu, 11 saat. Lihat carta 10 penjaring terbanyak di divisyen teratas bola sepak jerman.

RankNamaKelabTahunMasa(saat)
1Karim BellarabiBayer Leverkusen20149
2Giovane ElberBayern Munich199811
-Ulf KirstenBayer Leverkusen200211
-Paul FreierVfl Bochum200311
5Dirk ZanderFC St Pauli199112
6Adam SzalaiFSV Mainz201312.5
7Lothar MatthausBayern Munich198613
8Mohamed ZidanFSV Mainz200614
-Ronald WormMSV Duisburg197414
10Alexander ZicklerBayern Munich199716
-Martin DahlinMonchengladbach199716
-Henryk BaluszynskiVfl Bochum199516
-Uwe WegmannVfl Bochum199216

Sunday, July 20, 2014

Ribery Kembali Berlatih Bersama Bayern Munich

Juara Bundesliga sahkan Ribery kembali berlatih bersama pasukan
Pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery telah kembali berlatih selepas terlepas peluang beraksi di Piala Dunia kerana kecederaab belakang.

Bintang Perancis itu diketepikan dari kejohanan selepas mengalami masalah kecederaan tersebut di kem latihan di awal bulan Jun.

Ketika itu, pengurus Perancis, Didier Deschamps memberitahu pemain berusia 31 tahun itu tidak dapat bermain atau berlatih untuk "beberapa minggu ".

Ribery sendiri tampil di bulan Jun untuk menafikan bahawa beliau memerlukan pembedahan dan Bayern telah pun melaporkan pemainnya itu sedang pulih.

Kapsyen dalam gambar sesi latihan, juara Bundesliga itu mentweet: "Selama pulang, Franck! #Ribery selesaikan latihan kecergasan di Sabener Strasse."


Perlawanan kompetitif pertama Bayern musim 2014-15 adalah 17 Ogos ketika mereka mula mempertahankan trofi DFB-Pokal menentang kelab divisyen tiga, Preussen Munster.


Klose akan buat keputusan tentang masa depan Jerman

Striker berusia 36 tahun menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang masa di Piala Dunia.
Striker Jerman, Miroslav Klose akan membuat keputusan mengenai masa depan kerjaya antarabangsa dalam tempoh minggu ini, kata pemain. 

Klose menjaringkan gol semasa membenam Brazil 7-1 pada separuh akhir untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa kejohanan dan striker Lazio berusia 36 itu berkata dia akan mendedahkan sama ada kemenangan Piala Dunia Jerman keempat akan menandakan permainan yang terakhir dalam kerjaya antarabangsa. 

"Ini sesuatu yang cemerlang. Kejayaan terbesar. Kami pernah di tempat kedua, ketiga dua kali. Ianya bertaraf dunia, saya masih tak dapat menjelaskannya," kata Klose. 
"Prestasi pasukan penting, kami mahu terus bertenang kerana kami tahu yang kami mempunyai lebih kualiti." 

"Saya tak tahu lagi jika saya akan terus sertai pasukan kebangsaan. Saya perlu tidur beberapa malam dan kemudian membuat keputusan yang tepat."


Sumber :http://wiselonline.com/


Thursday, July 17, 2014

Eintracht Frankfurt tarik diri dalam isu Nicklas Bendtner

Nicklas Bendtner: Mencari kelab baru


Eintracht Frankfurt telah mengesahkan bahawa mereka telah menarik diri daripada perjanjian untuk Nicklas Bendtner.

Kelab Bundesiga itu telah berminat dengan Bendtner sejak musim lalu, dan telah berunding dengannya sejak dia meninggalkan Arsenal di akhir kempen 2013/14.

Namun, Frankfurt kini mengakui tewas dalam usaha mereka untuk menarik striker antarabangsa Denmark berusia 26 tahun itu ke Commerzbank-Arena.

Pengurus Frankfurt, Thomas Schaaf berkata, "Memang benar, kami tak buat kemajuan (dalam rundingan dengan Nicklas Bendtner), itulah sebabnya kami perlu fokus kepada agenda yang berbeza."

Bendtner dipercayai berharap untuk kekal dalam Liga Perdana dan telah dikaitkan dengan Aston Villa dalam beberapa minggu kebelakangan ini.


Bayern Munich jelaskan Xherdan Shaqiri tak akan pergi




Xherdan Shaqiri: Bayern Munich tidak akan menjual pemain antarabangsa Switzerland.


Bayern Munich menegaskan bahawa playmaker Switzerland, Xherdan Shaqiri tidak akan dijual berikutan kempen Piala Dunia yang mengagumkan.

Pemain berusia 22 tahun itu telah dikaitkan dengan beberapa kelab atasan seluruh Eropah berikutan prestasinya di Brazil, termasuk hatrik dalam kemenangan 3-0 ke atas Honduras.

Sebelum Piala Dunia, Shaqiri berkata bahawa meninggalkan juara Jerman untuk kelab Liga Perdana di England "adalah satu pilihan".

Ditandatangani dari Basle pada 2012, Dia memulakan hanya 23 perlawanan di Bundesliga dan jarang diturunkan dalam Liga Juara-juara UEFA berikutan persaingan sengit untuk posisi di Allianz Arena.

Walau bagaimanapun, pengarah sukan Bayern, Matthias Sammer menegaskan bahawa midfielder itu akan memainkan peranan yang besar dalam perancangan kelab.

"Xherdan adalah pemain penting untuk masa depan," kata bekas pemain antarabangsa Jerman. "Kami tak akan menjual."