Cikit-cikit

Sunday, July 20, 2014

Barcelona buat tawaran untuk bek Valencia, Jeremy Mathieu

Jeremy Mathieu: Jadi buruan Barcelona.

Pengarah sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta telah mendedahkan yang kelab telah membuat satu tawaran untuk bek Valencia, Jeremy Mathieu.

Bek tengah berusia 30 tahun itu, yang telah meraih dua kap buat Perancis, sedang dilaporkan mempunyai harga 20 juta euro ketika Barcelona meneruskan pemburuan mereka mencari pengganti, Carles Puyol.

Persaraan Puyol dari bola sepak pada penghujung musim lalu telah menyaksikan pasukan bimbingan Luis Enrique mempunyai kekosongan untuk diisi dan beberapa bintang di Eropah telah dikaitkan dengan satu perpindahan ke Nou Camp, termasuk Joao Miranda dari Atletico Madrid dan pemain PSG, Marquinhos.

Barcelona sedang dikatakan berminat terhadap Mathieu sejak sekian lama dan Zubizarreta mengakui yang satu tawaran telah dibuat.

"Valencia telahpun sedar tentang tawaran kami dan kami mahu kekalkan rahsia di dalam perbincangan ini. Semestinya kami ada alternatif lain jika ini gagal," katanya.
"Diharap apabila La Liga bermula kami dah selesaikan posisi bek tengah. Jika kami mahukan seorang bek tengah sebelum ini, kami dahpun tandatangan seseorang.

"Kami mahukan seseorang yang boleh berikan persembahan di tahap tertinggi buat beberapa tahun mendatang dan itulah yang sedang kami usahakan.


"Tandatangan seorang bek tengah adalah objektif buat 80-90 peratus pasukan utama di Eropah jadi ini bukan saja bergantung kepada apa yang kami mahu lakukan – pengecualian adalah David Luis ke Paris Saint-Germain, itu saja pergerakan besar dari segi posisi ini."



No comments:

Post a Comment