Cikit-cikit

Thursday, July 17, 2014

Dani Alves rancang berunding dengan Barcelona tentang masa depan



Dani Alves: Bek Brazil akan mengadakan perbincangan dengan Barcelona.

Bek Barcelona dan Brazil, Dani Alves menjangka masa depan akan diselesaikan dalam pertemuan dengan kelab Nou Camp.

Alves, yang melihat harapan Piala Dunia negaranya dimusnahkan dengan tewas mengejut 7-1 pada separuh akhir di tangan Jerman, tidak mahu meninggalkan kelab Catalan.

Namun, dengan laporan minat terhadap khidmatnya dari Paris Saint-Germain, masih belum dapat dilihat di mana bek berbakat itu akan bermain pada musimseterusnya.

Alves berkata, "Saya masih tak tahu apa yang saya akan lakukan musim depan, saya akan bertemu Barcelona dan kemudian kami akan buat keputusan."

"Jika mereka mahu saya kekal, saya akan teruskan. Saya terikat kontrak dan jika terpulang kepada saya, saya akan kekal setahun lagi, tepi ianya bukan keputusan saya."
"Saya telah berikan segala-galanya untuk kelab sejak tiba di Barcelona."


No comments:

Post a Comment