Cikit-cikit

Tuesday, July 15, 2014

Anu berdarah ditoreh isteri



Seorang isteri bertindak kejam apabila cuba memotong kemaluan suaminya ketika mangsa sedang lena tidur di ruang tamu rumah didiami di Taman Wilayah, Sentul di sini.

Dalam kejadian 11 pagi kelmarin, mangsa lelaki warga Myanmar hanya mampu menjerit kesakitan selepas mendapati alat sulitnya berlumuran darah akibat ditoreh dengan pisau.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, mangsa yang juga pemegang kad UNHCR dikatakan berselisih faham dengan isterinya menyebabkan mereka tinggal berasingan.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa dan isterinya yang berusia 40-an itu dalam proses untuk bercerai.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah bersendirian.

Difahamkan isteri mangsa datang ke rumah itu sebelum diizinkan masuk oleh mangsa tanpa bertanya apa-apa.
“Mangsa kemudiannya tidur di atas sofa di ruang tamu rumah.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati darah pekat membasahi seluar dan bahagian kemaluannya,” katanya.
Menurutnya, mangsa tambah panik apabila melihat isterinya berdiri sambil memegang pisau.

“Mangsa yang mengalami pendarahan teruk pada alat sulitnya kemudian dihantar ke hospital dengan bantuan jiran yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong.

“Kemungkinan suspek mengambil pisau di dapur rumah itu dan berniat untuk mencederakan suaminya bermotif marah atau dendam,” katanya.

Menurutnya, polis sedang giat mengesan isteri mangsa yang bertindak melarikan diri ketika suaminya mengerang kesakitan.

Katanya, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. -metro





No comments:

Post a Comment