Cikit-cikit

Sunday, July 20, 2014

Diego Lopez takkan ke mana-mana

Diego Lopez: Mahu kekal di Real Madrid

Agen Diego Lopez telah menyangkal laporan yang kliennya akan menyertai kelab Serie A, Napoli musim panas ini.

Media Sepanyol telah kuat mengaitkan penjaga gol Real Madrid itu dengan satu perpindahan keluar dari Bernabeu, ketika Naples dicadangkan sebagai satu destinasi berkemungkinan.

Kelab juara Eropah itu sedang dilaporkan hampir menandatangani penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas dari kelab La Liga, Levante yang akan meningkatkan persaingan penjaga gol utama pasukan.

Navas meneruskan musim hebat dengan Levante di La Liga melalui satu persembahan cemerlang di Piala Dunia bagi membantu negaranya mara ke peringkat suku akhir.

"Napoli tidak pernah tanya tentang Diego namun dia takkan ke mana-mana," kata agen Lopez, Manuel Garcia Quillon. "Dia mahu jadi penjaga gol utama musim depan dan seperti tahun-tahun sebelum ini, dia sedang berusaha gigih untuk capai sasaran itu.

"Dia mahu yakinkan (jurulatih Real Madrid, Carlo) Ancelotti yang dia masih penjaga gol nombor satu Real Madrid."

Lopez, 32 menjadi pilihan berbanding penjaga gol kebangsaan Sepanyol, Iker Casillas buat Los Blancos pada aksi La Liga musim lalu.


Lopez menyertai kelab gergasi Sepanyol itu dari Sevilla pada Januari 2013 dan mempunyai baki kontrak tiga tahun.

Sumber : http://wiselonline.com/


No comments:

Post a Comment