DAMSYIK - Seorang
bayi yang terperangkap hampir 16 jam di bawah timbunan bangunan akibat serangan
udara di Aleppo berjaya diselamatkan.
Bayi lelaki berusia
dua bulan bernama Mahmud Ibildi itu berjaya diselamatkan oleh anggota
penyelamat tanpa sebarang kecederaan.
Detik mencemaskan itu
telah dirakam oleh anggota penyelamat sebelum dimuat ke naik ke laman video
YouTube oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pertahanan Awam
Aleppo.
"Selepas 16 jam
berusaha dalam suasana yang sukar, anggota pertahanan awam di Ansari (di
selatan Aleppo) akhirnya berjaya menyelamatkan bayi itu dalam keadaan
selamat," kata pengulas dalam video berkenaan.
Sebaik sahaja bayi
ajaib itu berjaya diselamatkan, anggota penyelamat bersorak kegembiraan selain
merasakan perkara itu sebagai sesuatu yang menakjubkan.
Serangan udara yang
dilakukan oleh pihak rejim telah mengakibatkan beratus-ratus mangsa terbunuh sejak
berlakunya perang saudara sejak 2011. - AFP
No comments:
Post a Comment