Juara Bundesliga sahkan Ribery kembali
berlatih bersama pasukan
|
Pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery telah kembali berlatih selepas
terlepas peluang beraksi di Piala Dunia kerana kecederaab belakang.
Bintang Perancis itu diketepikan dari kejohanan selepas mengalami
masalah kecederaan tersebut di kem latihan di awal bulan Jun.
Ketika itu, pengurus Perancis, Didier Deschamps memberitahu pemain
berusia 31 tahun itu tidak dapat bermain atau berlatih untuk "beberapa
minggu ".
Ribery sendiri tampil di bulan Jun untuk menafikan bahawa beliau
memerlukan pembedahan dan Bayern telah pun melaporkan pemainnya itu sedang
pulih.
Kapsyen dalam gambar sesi latihan, juara Bundesliga itu mentweet:
"Selama pulang, Franck! #Ribery selesaikan latihan kecergasan di Sabener
Strasse."
Perlawanan kompetitif pertama Bayern musim 2014-15 adalah 17 Ogos ketika
mereka mula mempertahankan trofi DFB-Pokal menentang kelab divisyen tiga,
Preussen Munster.
No comments:
Post a Comment