Gombak: Lapan lelaki beragama Islam bukan hanya tidak berpuasa malah ditahan polis ketika leka bertaruh judi sabung ayam di kawasan Hutan Simpan Kampung Tengah Tambahan di sini.
Semua lelaki terbabit dikepung
sebelum diberkas sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak
dalam serbuan mengejut jam 4 petang semalam.
Sumber polis berkata, kumpulan kaki judi itu dikesan sengaja mengikat
pisau kecil pada taji ayam bagi memastikan seekor ayam yang bertarung mati
akibat cedera.
Menurutnya, lapan lelaki membabitkan empat lelaki warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika sedang leka bertaruh sabung ayam.
Menurutnya, lapan lelaki membabitkan empat lelaki warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika sedang leka bertaruh sabung ayam.
“Setiap
mereka datang ke lokasi itu dengan ayam sabung masing-masing. Pihak polis turut
berjaya merampas lapan ekor ayam yang dijadikan modal pertaruhan.- Metro
ANGGOTA polis
merampas ayam sabung.
|
No comments:
Post a Comment