Assalamualikum arr puasa ke x?? isu mulut berbau? di cini c beleng menyenaraikan beberapa tips mengelakan mulut berbau bila kita berpuasa....so yang ada kes gini bleh la cuba:)
4 Cara Elakkan Mulut Berbau!
4 Cara Elakkan Mulut Berbau!
Saat berpuasa, ketakutan bagi orang ramai adalah
nafas berbau. Bukan apa, apabila kamu tidak makan dan minum, bakteria di dalam
mulut berkumpul dan membiak dengan aktif di kawasan lidah. Kerana itulah mulut
mengeluarkan bau yang kurang enak.
Sungguh pun begitu, jangan jadikan puasa sebagai
alasan untuk kamu semua mengabaikan kebersihan mulut ya! Jom lakukan 4 cara
untuk elakkan mulut berbau agar kamu rasa lebih yakin dengan diri sendiri.
1)BERUS LIDAH
Sebelum tidur dan selepas sahur jangan lupa berus
gigi terutamanya di bahagian lidah, agar segala bakteria dan kotoran yang
terkumpul di kawasan itu berkurangan dan hilang.
2)BASAHKAN DENGAN AIR LIUR
Sesekali jika kamu ingin bercakap, pastikan mulut
kamu dibasahi dengan air liur dahulu. Jangan biarkan ia kering. Dengan cara
ini, sekurang-kurangnya kamu dapat mengurangkan bau yang kurang enak itu.
3)JANGAN MINUM TEH / KOPI
Kafein yang ada dalam minuman teh dan kopi boleh
membuatkan nafas kamu berbau. Sebaiknya cuba elakkan minum minuman yang
mengandungi kafein saat bersahur kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.
4)GUNAKAN UBAT GIGI KHUSUS UNTUK MASALAH NAFAS
BERBAU
Ya, mungkin ini klise tapi ia sangat membantu!
Pilihlah ubat gigi yang khusus buat nafas berbau dan mempunyai perlindungan
selama 12 jam atau 24 jam. Selain itu, kamu juga boleh pilih yang mengandungi
perisa mint. - remaja
No comments:
Post a Comment