Tak akan ke mana-mana: Luis Muriel menolak langkah musim
panas dari Udinese.
|
Luis
Muriel memohon agar spekulasi mengenai masa depannya ditamatkan, apabila
mengumumkan dia mahu kekal di Udinese musim depan.
Striker
berusia 23 tahun, yang telah berada di Udinese sejak 2010, kerap dikaitkan
dengan perpindahan dari stadium Friuli musim panas ini dengan Liverpool,
Fiorentina dan Roma dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain antarabangsa
Colombia itu.
Walau
bagaimanapun, Muriel terikat di Udinese sehingga Jun 2018 dan telah meluahkan
perasaannya untuk terus kekal.
"Kami
mula sekali lagi (latihan pra-musim)," kata Muriel di dalam laman
Instagram. "Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Udine dan Udinese kerana
memberi saya bertahun-tahun kegembiraan dan hanya beberapa kekecewaan."
"Saya
mahu kekal di Udinese. Kelab sentiasa percayakan saya dan di sini saya mahu
mencipta nama sebagai pemain."
"Saya
kembali berlatih dengan semangat dan kemahuan yang kuat. Dengan bantuan rakan
sepasukan, saya harap kami boleh beri peminat kegembiraan yang banyak pada
musim ini."
Muriel,
yang ketinggalan dalam skuad Piala Dunia Colombia, menjaringkan empat gol dalam
24 penampilan liga untuk Udinese dalam kempen 2013/14.
No comments:
Post a Comment