Striker berusia 36 tahun menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang masa
di Piala Dunia.
|
Striker
Jerman, Miroslav Klose akan membuat keputusan mengenai masa depan kerjaya
antarabangsa dalam tempoh minggu ini, kata pemain.
Klose
menjaringkan gol semasa membenam Brazil 7-1 pada separuh akhir untuk menjadi
penjaring terbanyak sepanjang masa kejohanan dan striker Lazio berusia 36 itu
berkata dia akan mendedahkan sama ada kemenangan Piala Dunia Jerman keempat
akan menandakan permainan yang terakhir dalam kerjaya antarabangsa.
"Ini
sesuatu yang cemerlang. Kejayaan terbesar. Kami pernah di tempat kedua, ketiga
dua kali. Ianya bertaraf dunia, saya masih tak dapat menjelaskannya," kata
Klose.
"Prestasi
pasukan penting, kami mahu terus bertenang kerana kami tahu yang kami mempunyai
lebih kualiti."
"Saya
tak tahu lagi jika saya akan terus sertai pasukan kebangsaan. Saya perlu tidur
beberapa malam dan kemudian membuat keputusan yang tepat."
Sumber :http://wiselonline.com/
No comments:
Post a Comment