Jan Vertonghen: Kekal di Tottenham.
|
Tottenham akan menentang sebarang tawaran
untuk pemain pertahanan, Jan Vertonghen pada musim panas ini.
Centre-half berusia 27 tahun itu berbaki
empat tahun dalam kontrak semasa dan Spurs tidak berniat menjual pemain
antarabangsa Belgium tersebut.
Masa depan Vertonghen di White Hart Lane
telah dipersoalkan berikutan komen baru-baru ini yang dibuat oleh ejennya,
Mustapha Nakhli, yang mana dia mendakwa pelbagai kelab-kelab Eropah berminat
dengan pemain.
Nakhli juga menghangatkan spekulasi dengan
menolak untuk mengesahkan atau menafikan sama ada Barcelona, yang mencari bek
tengah berikutan persaraan Carles Puyol, adalah antara kelab yang berminat.
Namun, laporan mendakwa Spurs tidak menerima
sebarang pertanyaan daripada gergasi Catalan mengenai Vertonghen, mahupun
mana-mana kelab lain untuk perkara itu, dan tidak sedar tentang komen Nakhli.
Vertonghen dipercayai bakal memainkan
peranan penting dalam perancangan ketua jurulatih baru, Mauricio Pochettino
untuk musim akan datang dan, pada bulan Mei, pemain menegaskan dia tidak akan
meminta perpindahan dari kelab utara London musim panas ini.
"Saya ada baki lebih setahun di
Tottenham dan saya gembira," katanya selepas pemecatan Tim Sherwood pada
akhir musim lalu.
"Saya mahu kekal, tidak kira siapa
pengurus. Pengerusi akan buat keputusan yang baik."
No comments:
Post a Comment