Assalamualikum..
SOLAT SUBUH 3 SUJUD
Pagi hari Jumaat kebiasaannya majoriti kita atau musolla', surau dan
masjid dimana imamnya akan memimpin makmum melakukan dan mengamalkan Solat
Subuh dengan 3 Sujud. Usah merasa pelik kerana sudah boleh dikatakan 'RUTIN' pagi
Jumaat mereka melakukan 'SUJUD SAJADAH' yang semasa
sujudnya dibaca satu ayat yang dipanggil 'AYAT SAJADAH' dan
diikuti dengan 'SOLAT SUBUH'.
CARA MELAKSANAKANNYA
Hendaklah berdiri betul bagi yang mampu. Berniat solat subuh seperti
biasanya, sama ada niat seorang atau bermakmum/berimam bagi imam. Takbiratul
Ikhram dan niat dihati solat subuh itu.
Baca Doa iftitah (Sunat Hukumnya) dan diikuti dengan Al-Fatihah
dan terus membaca 'SURAH SAJADAH'. (Boleh Rujuk Al-Quran
berkenaan dengan Surah Sejadah iaitu surah yang ke - 32..selepas surah
Luqman).
Ayat-ayat sujud sajadah ialah:
1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19
1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19
Sama ada sendiri atau berimam, bacaan Surah Sejadah akan berhenti pada
ayat 15 iaitu 'AYAT SAJADAH' (Kita dikehendaki sujud
selepas menghabiskan
Ayat Sajadah)
Maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang benar benar percaya kepada ayat ayat kami
adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat ayat itu mereka segera
bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah
sombong."
Selepas bacaan imam atau kita (Jika solat sendiri) melepasi ayat 15
Surah Sejadah maka 'Terus Sujud' tanpa perlu melakukan 'Rukuk'.
Bacaan Ketika Sujud di panggil 'AYAT SAJADAH'. Bacaannya
ialah..
Sajada wajhiya lillazi Khalaqahu wa sawwarahu wa syaqqa sam’ahu
wabasarahu bi haulihi wa quwwatihi fatabaraka Allahu Ahsanal Khaliqin (Rujuk
kembali doa ini dalam tulisan jawi supaya memperolehi bacaan yang tepat dan
agar tidak tersilap menyebutnya)
Maksudnya :
“Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan
menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan
kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta.”
Selepas Ayat ini dibaca maka terus bangun berdiri betul lalu
laksanakanlah solat Subuh seperti biasa sebanyak dua rakaat berserta dengan
Qunut. Bagi yang bersembahyang berjamaah, kebiasaannya pada rakaat kedua
selepas SUJUD SAJADAH imam tidak membaca Surah Al-Fatihah. Imam akan terus
membaca surah yang lain.
No comments:
Post a Comment