Cikit-cikit

Friday, June 20, 2014

PENGALAMAN UJIAN KADET SARJAN (BAHAGIAN II)

Assalamualaikum hari ni ku akan menceritakan Pengalaman interview secara  lisan di PGA CHERAS tempat di mana mula2 aku interview Ujian Fizikal dan Kercergasaan di tempat yang sama tapi tingkat yang berlainan...




So kali ni aku menerima xmx dari number yang aku x kenal tapi kandungan xmx tersebut yang menyuruh aku menghadiri temuduga lisan Kadet Sarjan Polis dan aku syak number ni datang nya dri pegawai unit pengambilan Cawangan bukit aman ternyata mmg benar..jangkaan hamba ini...:)


Kali ini aku bangun lebih awal dr interview pertama takut lambat lagi..seperti yang terjadi time interview ujian fizikal.. kami dikehendaki untuk menggunakan baju formal iaitu kameja dan seluar slack gelap serta pakai tali leher kerana penting untuk pemarkahan dari segi pakaian semua nya dinilai tu beb... Haruslah berpenampilan kemas dan menarik kira bonus markah la...tapi yang aku x ikut sangat pasal rambut aku panjang...hahaha so aku rasa markah aku kurang kot..hahaha

Aku sampai kali ini pun lambat sebab jem plak jalan cheras tu da la naik bus berhenti2..tapi aku sempat jua la sampai tepat pada masanya wlpun aku rasa aku orang yang paling lambat kikikikih (nak jadi polis kena ada disiplin tau jgn jadi mcm hamba ni) ok sampai jak kat sana aku tengok ada ramai jejaka segak yang mengenakan kameja,seluar slack  dan berambut pendek.. aku x kenal sangat la dorang ni sebab aku interview hari tu kan dengan calon wanita.....hahahaha

Sebanyak 21 orang yang menghadirkan diri. . Kami diarahkan untuk pergi ke dalam dewan khas yang menempatkan kitaorang sepanjang interview disitu nama kami dipanggil untuk memberi sijil-sijil original kepada mereka sebelum menunggu giliran ternyata malang sekali lagi bagi diriku pabila nama ku langsung x dipanggil lalu ku pergi ketempat puan tersebut menayakan pekara tersebut rupanya aku adalah calon yang interview esok patut la jadi 21 orang tapi ini bukan salah aku pun da pegawai tu yang xmx tarikh salah so dorang pun benarkan aku interview..jadi aku terpaksa la jadi calon yang terakhir.. 

Sebelum itu, kami diajar cara-cara temuduga untuk PDRM. Ia sememangnya berlainan daripada temuduga-temuduga yang lain. Cara atau adat temuduga untuk PDRM special sikit. Suara kena lantang, bagi salam pun tegas, jalan masuk ke dewan berhadapan pun kene jalan tegak dan ala-ala kawad duduk pun ada cara kena duduk cara pengantin...semua ni ada markah..

Di pendekan cerita  Selesai jew orang yang ke 20 tiba la giliran aku dekat pkul 5.30pm jua bru giliran aku interview seram sejuk jua la aku rasa dalam tu ialah kena bedepan plak ngan panel 3 orang lelaki yang berpangkat so aku relax dan dengar soalan yang dorang berikan.

Soalan lazim yang akan ditanya adalah kenalkan diri kita, latar belakang keluarga, pendidikan kita dan pelbagai lagi isu semasa. Serta latar belakang polis sejarah,serta unit2 dalam polis pangkat2 polis dan banyak lagi nak baca kat
sini
 
 http://www.rmp.gov.my/db2.cfm?path=about/about.cfm?mod=1
 
dan satu lagi kena pandai speaking london (Bahasa Inggeris) cikit pun x pa janji ada markah. Dekat 20minit jua la aku kat dalam bilik tu memberi jawapan2 yang entah betul ka x aku bantai jew..hahaha

Sebelum Beberapa jam kitaorang kena interview kami diperiksa untuk membuat ujian dadah . Macam biasalah ikut ajelah prosedur yang diperintahkan isi borang, test air hancing dan selepas buat ujian tersebut 10 cap jari kami untuk di copkan ke atas 1 kertas identiti warna kuning.

Akhir sekali kami di beri 1 borang medical check up. Dimana kami di suruh medical check up tapi alhamdullilah aku da selesai medical check up nasib la x mahal aku bayar sebab aku buat dekat klinik kerajaan dekat serdang sehari siap tp kena wat opointment lu..

So sekarang ni aku tengah tunggu panggilan sebab semua yang interview 21 orang tu semua dapat jadi aku tunggu jak la panggilan klu da alhamdullilah klu x da pun x pa sbb aku da kerja kat company yang kira bagus jua la bagi aku..


 Sekian dari gua Assalamualikum...kedamaiaan bersama kalian:)

No comments:

Post a Comment