Cikit-cikit

Thursday, July 17, 2014

Balotelli Tak Terkecuali Dijual




Piersilvio berharap Balotelli tak tinggalkan kelab musim panas ini.
Piersilvio Berlusconi melabel penyerang AC Milan, Mario Balotelli si "juara hebat" dan berharap pemain itu dapat kekal di San Siro, berhubung spekulasi masa depannya di Itali. 

Penyerang itu dikatakan bakal meninggalkan the Rossoneri, dengan Arsene Wenger berunding bersama ejen Balotelli, Mino Raiola tapi anak lelaki Berlusconi berharap Balotelli terus kekal di Milan. 

"Mario memang keras kepala dan saya bercakap begini dengan rasa hormat terhadapnya," kata beliau. "Tapi dalam masa yang sama, dia adalah juara hebat. Saya gembira dia berada di Milan."

Ahli perniagaan itu turut ditanya mengenai komen kakaknya, Barbara, bahawa penyerang bintang itu tidak dapat digantikan.

"Saya fikir ia bermakna sesuatu yang lain," tambahnya. "Bahawa tiada siapa pun dikecualikan dari dijual. 

"Saya fikir lagi banyak yang mahu dikatakan Balotelli dan bahawa jika dia diberikan lagi peluang, dia boleh jadi juara. Pada saya dia sangat kuat tapi jangan tanya saya sama ada dia pasti akan bermain di Milan musim hadapan.

"Saya bercakap sebagai seorang peminat dan saya sentiasa mahukan dia dalam pasukan ini. Tapi, keputusan ini dilakukan oleh orang lain."

Sumber : http://wiselonline.com/

No comments:

Post a Comment