Rodriguez giat dikaitkan dengan perpindahan
ke the Bernabeu.
|
James Rodriguez memberitahu perpindahan ke Real Madrid adalah
"impian kehidupannya" tapi menjelaskan masa depannya terpulang di
tangan Monaco.
Rodriguez, 23, pemain antarabangsa Colombia, giat dikaitkan dengan
perpindahan ke the Bernabeu selepas persembahan yang cemerlang di Piala
Dunia.
Ditanya jika beliau "teruja dengan peluang" untuk menyertai
Madrid, beliau memberitahu: "Tiada keraguan mengenainya, jawapan saya
sudah tentu ya."
Beliau menambah: "Bermain untuk Real Madrid adalah impian hidup
saya. Ia akan jadi sesuatu yang istimewa bermain dengan ramai pemain bintang.
Jika ia berlaku, saya agak cukup gembira.
"Ia sangat menggembirakan mengetahui kelab sebesar Real Madrid
berminat dengan saya. Ia akan jadi satu impian menyertai kelab pujaan saya.
Saya cukup menghormati kelab lain dan mengagumi permainan mereka, tapi Real
Madrid adalah Real Madrid. Saya sentiasa ada perasaan untuk mereka, seperti
yang saya katakan sebelum ini.
"Saya telah menyukai Real Madrid sejak zaman Zidane, Ronaldo dari
Brazil, Roberto Carlos dan Fernando Hierro. Sejak dari itu saya setia menyokong
mereka."
No comments:
Post a Comment