Nicklas Bendtner: Mencari kelab
baru
|
Eintracht Frankfurt telah mengesahkan bahawa mereka
telah menarik diri daripada perjanjian untuk Nicklas Bendtner.
Kelab Bundesiga itu telah berminat dengan Bendtner
sejak musim lalu, dan telah berunding dengannya sejak dia meninggalkan Arsenal
di akhir kempen 2013/14.
Namun, Frankfurt kini mengakui tewas dalam usaha
mereka untuk menarik striker antarabangsa Denmark berusia 26 tahun itu ke
Commerzbank-Arena.
Pengurus Frankfurt, Thomas Schaaf berkata,
"Memang benar, kami tak buat kemajuan (dalam rundingan dengan Nicklas
Bendtner), itulah sebabnya kami perlu fokus kepada agenda yang berbeza."
Bendtner dipercayai berharap untuk kekal dalam Liga
Perdana dan telah dikaitkan dengan Aston Villa dalam beberapa minggu
kebelakangan ini.
No comments:
Post a Comment