Cikit-cikit

Thursday, July 17, 2014

Bayern Munich jelaskan Xherdan Shaqiri tak akan pergi




Xherdan Shaqiri: Bayern Munich tidak akan menjual pemain antarabangsa Switzerland.


Bayern Munich menegaskan bahawa playmaker Switzerland, Xherdan Shaqiri tidak akan dijual berikutan kempen Piala Dunia yang mengagumkan.

Pemain berusia 22 tahun itu telah dikaitkan dengan beberapa kelab atasan seluruh Eropah berikutan prestasinya di Brazil, termasuk hatrik dalam kemenangan 3-0 ke atas Honduras.

Sebelum Piala Dunia, Shaqiri berkata bahawa meninggalkan juara Jerman untuk kelab Liga Perdana di England "adalah satu pilihan".

Ditandatangani dari Basle pada 2012, Dia memulakan hanya 23 perlawanan di Bundesliga dan jarang diturunkan dalam Liga Juara-juara UEFA berikutan persaingan sengit untuk posisi di Allianz Arena.

Walau bagaimanapun, pengarah sukan Bayern, Matthias Sammer menegaskan bahawa midfielder itu akan memainkan peranan yang besar dalam perancangan kelab.

"Xherdan adalah pemain penting untuk masa depan," kata bekas pemain antarabangsa Jerman. "Kami tak akan menjual."

No comments:

Post a Comment