Bulan FEB yang lalu aku menerima panggilan dari Jabatan Polis Tuaran (Sabah) dorang cakap kat aku yang dorang ada terima surat Dari Jabatan Polis Bukit Aman yang mna mereka suh aku ambik surat tu dkt balai sedang aku skrg ni tengah keja kat Kuala Lumpur..aku cakap la dng pengawai tu yang aku kerja kat KL skrg so dia suh aku hantar kan wakil la g sana untuk ambik surat tawaran tu..jadi ku suh abg ipar aku ambik surat tu kat balai...
Dijadikan cerita abg ipar aku cakap yang dapat tawaran interview Polis jawatan SARJAN sebab aku da diploma jew...hehehe tapi lokasi interview tu dia cakap kat aku dkt kota kinabalu aku pun blurr dapat ka aku blikkk???
Di pendekan cerita aku call akak aku suh dia scan surat tu dan hantar kat aku by email..da dapat aku terus call Bukit Aman Minta tukar tuk lokasi dan tarik interview Alhamdullilah dapat tukar lokasi serta tarikh yang baru walaupun terpaksa mendengar leteraaan Puan dkt Bukit Aman tu so aku dapat tukar lokasi dekat PGA CHERAS KL. tarikh plak awl bulan March.
No fon Unit Pengambilan Cawangan Perjawatan PDRM Bukit Aman : 03-22668349@03-22668345
Surat Tawaran
Gua x da motor gua x da keta nak g mn2 gua naik public transport...hehehehe
Interview 1
Sebelum Subuh aku da bangun semangat nak g interview ni..hehehe awal pagi tu aku da gerak naik LRT pas tu naik Bus dkt sejam lebih jua la perjalanan aku nak g PGA CHERAS tu padahal klu naik keta 15 minit jew da sampai kat tempat tu...sampai jew aku p la Pondok pengawal Tanya mn dewan yang interview so dia tunjuk la aku bangunan kat PGA tu...so aku masuk la bangunan tu...
Kat sana aku jumpa satu Polis ni pangkat Lns KOP aku panggil akak la... aku tanya kat dia mana tempat interview untuk Jawatan Sarjan?? Perkataan yang kuar dari mulut dia buat aku "cuak" cikit dia cakap" hari ni interview untuk sarjan Wanita untuk lelaki Minggu Depan" aku pun kebinggung so aku gthu la dia aku cakap "Jabatan Unit Pengambilan Cawangan Perjawatan Bukit Aman yang suh aku datang hari ni" aku g thu lagi yang aku da ambik cuti dan aku cakap kat dia yang aku ni calon pertukaran lokasi saja minta kesian kalu x sia2 usaha aku bangun pagi2...hahaha.
Di Pendekan Cerita dia bawah jua la aku pegi dewan tu pas tu dorang bincang2 dapatla aku interview hari ni yang hairan cakap ada calon wanita bila aku tanya rupanya dorang da habis isi borang skrg tengah buat pemeriksaan fizikal kat bangunan atas..dan aku plak kena wat dalam dewan..
Proses Interview Aku..
First kali aku kena bwa g tempat lapor diri tunjukan surat tawaran and check nama dan berikan salinan dokumen2 yang diperlukan kena susun dahulu dokumen yang diperlukan mengikut surat tawaran kemudiaan yang paling penting pastikan dokumen korangisi borang yang diberi..
Untuk Dapatkan Pengiktirafan daripada JPA
link :http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/esisraf/
Seterusnya bermula lah ujian fizikal selalu akan ambik tinggi dan berat lu tp aku lain sebab untuk pemeriksaan tinggi dan berat aku kena kemudiian sebab peralatan digunakan untuk calon wanita.So aku di suh mulakan pemeriksaan badan dahulu dimana check tangan,jari,bahu,kepala mata,telinga kaki dan seluruh anggota badan time tu mmg x berbaju hanya memakai sular pendek jew kemudiaan dia akan tengok cara berjalan dan berkawad sapa yang cara jalan berkangkang confom2 gagal..nasib la aku ni selalu berkawad kadet dekat sekolah so mudah jew Alhamdullilah lulus..hehehe
Kemudiaan ujian Kercergasaan disini mereka suruh lari ulang alik sebanyak 5 kali kemudian lompat katak, tekan tubi 5 kali serta bangun tubi dan lompat bintang...nasib stamina masih ada hahahaha... lps tu selesai la proses kecergasaan.
Akhir sekali bru aku kena suh timbang berat dan ukur tinggi serta check mata selepas selesai ujian untuk calon Wanita..hehehe so kiranya aku da lulus la untuk ujian ni..aku yakin sebab aku x da sangkut mn2 UJIAN..sebelum aku blah kitaorang semua diberikan taklimat ttg interview kedua dimana diberikan tips2 penting dari segi pemakaian sampaila hbs interview..hehehehe
Lps ni aku akan ceritakan plak ujian Lisan dan berdepan 3 pegawai yang interview..dan soalan2 yang diberikan...:)
lihat link ini untuk ujian fizikal(picture)
LINK :http://akutakpopular.blogspot.com/2013/06/pengalaman-ujian-fizikal-konstable.html
UJIAN LISAN PDRM
LINK: http://thebelengboy.blogspot.com/2014/06/pengalaman-ujian-lisan.html
No comments:
Post a Comment