Cikit-cikit

Showing posts with label la liga. Show all posts
Showing posts with label la liga. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Rakitic: Saya Bukanlah Xavi

Rakitic senang dipanggil pengganti Xavi di Barcelona.
Ivan Rakitic mengalu-alukan perbandingan dengan pemain utama Barcelona,  Xavi namun menegaskan ia adalah mustahil untuk menggantikan pemain antarabangsa Sepanyol itu di Nou Camp. 

Rakitic, 26, tiba dari Sevilla musim panas ini dan andaian bahawa beliau akan menjadi pengganti sempurna untuk midfielder ikonik itu yang menjadi kapten baru the the Blaugrana dalam musim ke 17nya di kelab meskipun dikhabarkan akan pergi musim panas ini.

Xavi, 34, telah memenangi tujuh kejuaran La Liga dan tiga Liga Juara-juara bersama kelab dan Rakitic berbangga dengan perbandingan itu tapi mahu fokus mencipta namanya sendiri di Catalunya.

"Bagus bahawa orang mengatakan saya pengganti Xavi tapi saya Rakitic. Pengganti untuk pemain cukup hebat seperti Xavi tidak wujud," ujarnya.

"Saya tak sabar memulakan kempen liga. Kami berkerja-keras semasa pra-musim dan saya harap ia dapat ditunjukkan di atas padang. Barcelona akan kembali berkuasa.


"Saya sentiasa mahu menyertai Barcelona. Ia adalah impian saya."

Sunday, August 10, 2014

Gaji Seminggu £120,000 Untuk Di Maria

Manchester United buat bidaan lewat untuk Angel Di Maria.
Manchester United bakal menawarkan Angel Di Maria gaji mingguan £120,000 untuk menyelinap mengatasi tawaran PSG. 

Di Maria dalam rundingan penting bersama PSG ketika ini tapi muncul laporan hujung minggu lepas bahawa United cuba mencelah membuat bidaan.

Ia mendakwa the Red Devils berharap dapat membawa Di Maria ke Old Trafford dengan menawarkan gaji setinggi £120,000 seminggu.

Pemain sayap Argentina itu ketika ini menerima gaji £70,000 seminggu di Madrid dan PSG tidak bersedia sepenuhnya untuk menambah gaji tersebut jika mahu mendapatkan beliau.

Tawaran kontrak lumayan United tiba lewat tapi Di Maria masih belum membuat keputusan di mana beliau akan beraksi musim hadapan dan Louis van Gaal boleh menyambarnya.


Van Gaal dikatakan sudah lama meminati Di Maria dan terdesak untuk mendapatkan pemain itu sebagai sebahagian dari rombakan skuadnya.

info : http://wiselonline.com/

Sunday, July 20, 2014

Barcelona buat tawaran untuk bek Valencia, Jeremy Mathieu

Jeremy Mathieu: Jadi buruan Barcelona.

Pengarah sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta telah mendedahkan yang kelab telah membuat satu tawaran untuk bek Valencia, Jeremy Mathieu.

Bek tengah berusia 30 tahun itu, yang telah meraih dua kap buat Perancis, sedang dilaporkan mempunyai harga 20 juta euro ketika Barcelona meneruskan pemburuan mereka mencari pengganti, Carles Puyol.

Persaraan Puyol dari bola sepak pada penghujung musim lalu telah menyaksikan pasukan bimbingan Luis Enrique mempunyai kekosongan untuk diisi dan beberapa bintang di Eropah telah dikaitkan dengan satu perpindahan ke Nou Camp, termasuk Joao Miranda dari Atletico Madrid dan pemain PSG, Marquinhos.

Barcelona sedang dikatakan berminat terhadap Mathieu sejak sekian lama dan Zubizarreta mengakui yang satu tawaran telah dibuat.

"Valencia telahpun sedar tentang tawaran kami dan kami mahu kekalkan rahsia di dalam perbincangan ini. Semestinya kami ada alternatif lain jika ini gagal," katanya.
"Diharap apabila La Liga bermula kami dah selesaikan posisi bek tengah. Jika kami mahukan seorang bek tengah sebelum ini, kami dahpun tandatangan seseorang.

"Kami mahukan seseorang yang boleh berikan persembahan di tahap tertinggi buat beberapa tahun mendatang dan itulah yang sedang kami usahakan.


"Tandatangan seorang bek tengah adalah objektif buat 80-90 peratus pasukan utama di Eropah jadi ini bukan saja bergantung kepada apa yang kami mahu lakukan – pengecualian adalah David Luis ke Paris Saint-Germain, itu saja pergerakan besar dari segi posisi ini."



Diego Lopez takkan ke mana-mana

Diego Lopez: Mahu kekal di Real Madrid

Agen Diego Lopez telah menyangkal laporan yang kliennya akan menyertai kelab Serie A, Napoli musim panas ini.

Media Sepanyol telah kuat mengaitkan penjaga gol Real Madrid itu dengan satu perpindahan keluar dari Bernabeu, ketika Naples dicadangkan sebagai satu destinasi berkemungkinan.

Kelab juara Eropah itu sedang dilaporkan hampir menandatangani penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas dari kelab La Liga, Levante yang akan meningkatkan persaingan penjaga gol utama pasukan.

Navas meneruskan musim hebat dengan Levante di La Liga melalui satu persembahan cemerlang di Piala Dunia bagi membantu negaranya mara ke peringkat suku akhir.

"Napoli tidak pernah tanya tentang Diego namun dia takkan ke mana-mana," kata agen Lopez, Manuel Garcia Quillon. "Dia mahu jadi penjaga gol utama musim depan dan seperti tahun-tahun sebelum ini, dia sedang berusaha gigih untuk capai sasaran itu.

"Dia mahu yakinkan (jurulatih Real Madrid, Carlo) Ancelotti yang dia masih penjaga gol nombor satu Real Madrid."

Lopez, 32 menjadi pilihan berbanding penjaga gol kebangsaan Sepanyol, Iker Casillas buat Los Blancos pada aksi La Liga musim lalu.


Lopez menyertai kelab gergasi Sepanyol itu dari Sevilla pada Januari 2013 dan mempunyai baki kontrak tiga tahun.

Sumber : http://wiselonline.com/


Thursday, July 17, 2014

James Rodriguez Mengimpikan Madrid




Rodriguez giat dikaitkan dengan perpindahan ke the Bernabeu.

James Rodriguez memberitahu perpindahan ke Real Madrid adalah "impian kehidupannya" tapi menjelaskan masa depannya terpulang di tangan Monaco.

Rodriguez, 23, pemain antarabangsa Colombia, giat dikaitkan dengan perpindahan ke the Bernabeu selepas persembahan yang cemerlang di Piala Dunia. 

Ditanya jika beliau "teruja dengan peluang" untuk menyertai Madrid, beliau memberitahu: "Tiada keraguan mengenainya, jawapan saya sudah tentu ya."

Beliau menambah: "Bermain untuk Real Madrid adalah impian hidup saya. Ia akan jadi sesuatu yang istimewa bermain dengan ramai pemain bintang. Jika ia berlaku, saya agak cukup gembira.

"Ia sangat menggembirakan mengetahui kelab sebesar Real Madrid berminat dengan saya. Ia akan jadi satu impian menyertai kelab pujaan saya. Saya cukup menghormati kelab lain dan mengagumi permainan mereka, tapi Real Madrid adalah Real Madrid. Saya sentiasa ada perasaan untuk mereka, seperti yang saya katakan sebelum ini.

"Saya telah menyukai Real Madrid sejak zaman Zidane, Ronaldo dari Brazil, Roberto Carlos dan Fernando Hierro. Sejak dari itu saya setia menyokong mereka."

Xavi disokong untuk ke New York Red Bulls




Xavi telah menang tujuh kejuaraan La Liga bersama Barcelona.
Midfielder Barcelona, Xavi akan dialu-alukan di kelab MLS, New York Red Bulls, menurut Ruben Bover.

Xavi, 34, telah dijangka meninggalkan Camp Nou musim panas ini, walaupun kontraknya sekarang tamat pada 2016.

Midfielder Sepanyol itu telah sebelum ini dikaitkan dengan satu perpindahan ke MLS, dan rakan senegaranya, Boven telah bercakap tentang khabar perpindahan yang kedengaran itu.

"Di New York mereka sedang cakap tentang ketibaan Xavi," kata Bover. "Namun sehingga ia jadi rasmi saya tak percayakannya. Anda dengar begitu banyak perkara. Namun bagus jika dapat lihat dia bermain pada tahun-tahun terakhirnya."

Bover menambah: "Jika Xavi tiba ini satu berita baik buat liga, peminat dan kelab. Liga ini sedang berterusan berkembang dan saya cadangkan yang dia datang ke New York Red Bulls.

"Datang ke New York, atau ke [New York City FC] dia pasti suka. Saya pasti dia akan sukakan New York. Saya tak tahu tentang Seattle. Pengalaman di New York sangat bagus, jadi berbaloi untuk dicuba, sangat disyorkan.

"Apabila anda sertai sebuah kelab di sebuah bandar seperti New York, bermain dengan pemain seperti Thierry Henry dan pemain lain, saya sentiasa impikan sesuatu seperti ini ketika saya kanak-kanak.

"Major League Soccer sedang di tahap sedang berkembang. Satu liga pantas dan fizikal dan sedang maju dan ia nampak terserlah. Ada ramai orang datang ke stadium tonton perlawanan."



Dani Alves rancang berunding dengan Barcelona tentang masa depan



Dani Alves: Bek Brazil akan mengadakan perbincangan dengan Barcelona.

Bek Barcelona dan Brazil, Dani Alves menjangka masa depan akan diselesaikan dalam pertemuan dengan kelab Nou Camp.

Alves, yang melihat harapan Piala Dunia negaranya dimusnahkan dengan tewas mengejut 7-1 pada separuh akhir di tangan Jerman, tidak mahu meninggalkan kelab Catalan.

Namun, dengan laporan minat terhadap khidmatnya dari Paris Saint-Germain, masih belum dapat dilihat di mana bek berbakat itu akan bermain pada musimseterusnya.

Alves berkata, "Saya masih tak tahu apa yang saya akan lakukan musim depan, saya akan bertemu Barcelona dan kemudian kami akan buat keputusan."

"Jika mereka mahu saya kekal, saya akan teruskan. Saya terikat kontrak dan jika terpulang kepada saya, saya akan kekal setahun lagi, tepi ianya bukan keputusan saya."
"Saya telah berikan segala-galanya untuk kelab sejak tiba di Barcelona."