Cikit-cikit

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, August 24, 2014

'Saya tanggung malu'

Kuala Lumpur: “Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.
“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan.”
Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’ bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).

Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.
“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet,” katanya.

Sumber

Sunday, August 17, 2014

Ghairah muat naik gambar seksi dilaman sosial

Kuala Lumpur: Buli siber memberi impak yang begitu mendalam kepada mangsa terutama selepas menerima ancaman dan diaibkan sejurus gambar mangsa tersebar di Internet, kata Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Osman Che Bakar.
Menurutnya, bagaimanapun, perkara itu boleh dicegah sekiranya mangsa tidak memuat naik gambar seksi atau mengghairahkan di laman sosial terutama Facebook (FB). “Saya lihat sesetengah wanita kini begitu ghairah memuat naik gambar mereka berpakaian seksi semata-mata untuk keseronokan dan minta dipuji.
“Perbuatan ini dilihat secara sengaja mendedahkan diri mereka kepada bahaya, lebih-lebih lagi apabila gambar itu jatuh ke tangan individu yang tidak bermoral,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Katanya, masyarakat perlu maklum di dalam dunia ini ada segelintir lelaki yang mempunyai penyakit seksual melampau.
P/S : Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah.


Usah jadi ‘harta awam’ di laman sosial

Kuala Lumpur: “Jangan jadikan diri kita sebagai ‘harta awam’ dengan berkongsi gambar peribadi di laman sosial boleh dilihat sesiapa saja. ‘Harta awam’ bermakna kita bersedia digunakan sesiapa saja sama ada melalui cara baik atau buruk.”
Demikian tegas pakar sosial Prof Dr Mohammad Shatar Sabran mengenai keghairahan pengguna laman sosial terutama wanita berkongsi gambar peribadi mereka sewenang-wenangnya sehingga dieksploitasi ke arah keburukan.
Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia berkata, sekiranya keadaan itu berlaku individu berkenaan tidak boleh menyalahkan ‘masyarakat digital’ apabila gambarnya dikutuk atau diubah sehingga mendatangkan fitnah kerana dia bersetuju menjadi ‘harta awam’ yang boleh digunakan sesiapa saja mengikut cara dikehendaki. 

“Itulah bezanya cara generasi dulu dan hari ini bersosial apabila generasi moden ini mereka terlalu ghairah berkongsi segala kisah dan gambar di laman sosial tanpa memikirkan kesannya kepada masa depan diri dan keluarga.

“Mempertontonkan gambar tidak sepatutnya dilihat orang ramai seperti gambar seksi dan sebagainya umpama bom jangka yang boleh membunuh masa depan walaupun mereka sebenarnya lebih mengharapkan untuk mendapat pujian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini semalam.
p/s : jangan dijadikan perhiasaan Dunia...

Sumber


Sunday, August 10, 2014

Lari pusing pasar kerana ditetak

Pengunjung pasar Pasir Pinji, di sini, gempar apabila seorang lelaki ditetak sehingga parah oleh seorang penjenayah sebelum diselamatkan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa berusia 42 tahun berlari di sekeliling pasar bagi mengelak terus ditetak suspek.
MANGSA parah di tangan dan kaki akibat ditetak.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, tindakan pantas seorang anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan terbabit berjaya menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan teruk.

“Anggota polis memberi amaran supaya suspek meletakkan parang dan tindakannya berjaya menyelamatkan mangsa daripada terus ditetak.
“Suspek kemudian ditahan manakala parang terbabit dirampas untuk siasatan. Mangsa cedera parah di tangan kiri dan kaki kiri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk rawatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin bermotifkan dendam akibat masalah hutang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan”.

Info : Sumber

Monday, July 21, 2014

Budak, 9, kahwin lagi


Ximhungwe (Afrika Selatan): Sanele Masilela, murid berusia sembilan tahun, menjadi pengantin lelaki paling muda di dunia sekali lagi selepas berkahwin untuk kali kedua dengan wanita berusia 62 tahun minggu lalu.
Mereka pernah berkahwin kali pertama tahun lalu.

Dengan berpakaian tuxedo, Sanele menggengam tangan ibu lima anak, Helen Shabangu, ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan yang dibuat tahun lalu di depan 100 tetamu. Murid sekolah itu berkata, dia mengadakan majlis itu sekali lagi kerana mahu menjadikan perkahwinannya rasmi.
Bagaimanapun, sebahagian penduduk kampung di Ximhungwe, daerah di Mpumalanga, Afrika Selatan, menyifatkannya sebagai ‘meloyakan.’ Majlis itu diadakan di depan suami Helen, Alfred Shabangu, 66, yang turut hadir pada majlis yang diadakan tahun lalu.

Alfred berkata: “Anak saya gembira kerana kami tidak mempunyai masalah dengan isteri saya berkahwin dengan budak itu. Dan saya tidak peduli apa orang lain kata.” Kedua-dua keluarga mendakwa perkahwinan itu hanya satu lagi ritual selepas Sanele kononnya didatangi roh nenek moyang bapanya yang memberitahunya supaya berkahwin tahun lalu.

Ibu bapanya memberi hantaran RM2,500 kepada pengantin perempuan dan RM5,000 lagi untuk mengadakan majlis tahun lalu.
Murid berkenaan, anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia mengadakan satu lagi majlis kerana mahukan perkahwinannya dibuat secara rasmi mengikut tradisi masyarakat setempat.

“Saya gembira berkahwin dengan Helen. Tetapi saya tetap akan meneruskan sekolah saya. Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita seusia saya.
“Saya gembira memilih Helen kerana saya cintakannya. Walapun kami tidak sentiasa tinggal bersama, kami sering bertemu di tempat pelupusan sampah, tempat ibu dan dia bekerja,” kata Sanele.

Helen yang mengenakan pakaian serupa yang dipakainya pada majlis tahun lalu berkata: “Saya gembira dipilih oleh Saneie dan keluarga saya menyokong dan memahami apa yang berlaku. Ini hanya untuk membuat nenek moyang kami gembira.

“Tak ada yang lain berlaku.” Ibu Sanele, Patience Masilela, 47, berkata, anaknya gembira dengan majlis tahun lalu dan mahukan majlis itu diadakan sekali lagi. “Dia tidak malu, malah gembira dapat berkahwin dengan Helen. Kami bimbang jika tidak mereka tidak berkahwin, keluarga kami akan ditimpa masalah,” katanya. - metro



Diterajang enggan bermadu



Kuala Lumpur: Tindakan seorang isteri enggan membenarkan suami berkahwin lain menyebabkan dia diterajang ala kung fu oleh suaminya hingga terpelanting.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa berusia 31 tahun dibelasah mangsa di kediaman mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin. 

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menyediakan juadah berbuka puasa sebelum suaminya tiba-tiba memberitahu hasrat mahu berkahwin lagi. 

Menurutnya, mangsa yang tersentak dengan permintaan itu bagaimanapun memberitahu tidak bersetuju dengan rancangan suaminya untuk bernikah lagi.- METRO






Dah tak puasa berjudi pula


Gombak: Lapan lelaki beragama Islam bukan hanya tidak berpuasa malah ditahan polis ketika leka bertaruh judi sabung ayam di kawasan Hutan Simpan Kampung Tengah Tambahan di sini.

Semua lelaki terbabit dikepung sebelum diberkas sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dalam serbuan mengejut jam 4 petang semalam. 
Sumber polis berkata, kumpulan kaki judi itu dikesan sengaja mengikat pisau kecil pada taji ayam bagi memastikan seekor ayam yang bertarung mati akibat cedera. 

Menurutnya, lapan lelaki membabitkan empat lelaki warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika sedang leka bertaruh sabung ayam.
“Setiap mereka datang ke lokasi itu dengan ayam sabung masing-masing. Pihak polis turut berjaya merampas lapan ekor ayam yang dijadikan modal pertaruhan.- Metro


ANGGOTA polis merampas ayam sabung.

Thursday, July 17, 2014

Edinson Cavani Mahukan Perpindahan Ke Liga Perdana Inggeris




Edinson Cavani baru sahaja berpindah ke PSG musim panas lepas.
Edinson Cavani telah mengarahkan ejen beliau menyiasat kemungkinan potensi perpindahan ke Liga Perdana Inggeris. 

Penyerang antarabangsa Uruguay berusia 27 tahun itu menyertai Paris Saint-Germain dari Napoli pada harga sekitar £55 juta musim panas lepas dan menandatangani kontrak lima tahun, tapi kini dilihat mahu meninggalkan ibu negara Perancis tersebut.

Dan berita ini pastinya menarik minat Chelsea dan Manchester United, yang sebelum ini dikaitkan dengan penyerang tersebut.

Cavani menikmati musim pertama yang sukses bersama PSG, yang mengekalkan kejuaraan Ligue 1 selain memenangi Coupe de la Ligue, dengan Cavani menjaringkan kedua-dua gol di final.

Namun Cavani dilaporkan tidak gembira dengan cara beliau digunakan oleh kelab, yang sering meletakkannya di posisi sayap supaya penyerang prolifik Zlatan Ibrahimovic boleh bertindak sebagai penyerang tengah.

Dan ketika beliau beraksi di Piala Dunia di Brazil, Cavani enggan menolak kemungkinan perpindahan ke Manchester United.

Ditanya sama ada perpindahan ke Old Trafford berada dalam perancangan masa depannya, beliau menjawab: “Dalam bola sepak, anda tidak pernah tahu. Apa saja boleh berlaku.

"Hari ini anda dalam pasukan sekarang, esok, anda dalam pasukan lain."