Cikit-cikit

Monday, July 21, 2014

Pelajar "Selfie" Bercumbuan Di Bulan Ramadan Cetus Kontroversi ( biarlah gambar berbicara)


Remaja Selfie Bercumbuan Di Bulan Ramadan Cetus Kontroversi - Tidak dapat dipastikan di mana aksi dalam foto ini di ambil. Namun menurut sumber, perbuatan ini dilakukan pada siang hari ketika pelajar perempuan tersebut pulang dari sekolah...yeah..obviously!

Namun perkara ini tidak dapat diterima dek akal sebagai seorang umat Islam apatah lagi di bulan yang mulia ini.

Untuk ibu bapa, awasilah anak-anak kita agar tidak terjebak dengan perbuatan tidak senonoh di bawah.

Saksikan gambar-gambar di bawah...



Kredit : http://akustresslah.blogspot.com/

Thanks SBB hilangkan DARA aku..


Sorang remaja pompuan yang bernama Nurdianaa Ali atau lebih dikenali sebagai Baby Diana, secara terbuka mengaku kehilangan dara didalam laman Twitter beliau.

Pengakuan 'ikhlas' tersebut dibuat setelah beliau mengatakan bahawa teman lelakinya memutuskan hubungan dorang selepas berjaya mendapat 'dara'nya.
Menurut tulisan Baby Diana di laman tersebut, teman lelakinya yang dikenali sebagai Haziq langsung tak mahu menjawab sebarang panggilan telefon selepas kejadian kehilangan dara itu.





Sumber : http://www.beritahariann.net/

Budak, 9, kahwin lagi


Ximhungwe (Afrika Selatan): Sanele Masilela, murid berusia sembilan tahun, menjadi pengantin lelaki paling muda di dunia sekali lagi selepas berkahwin untuk kali kedua dengan wanita berusia 62 tahun minggu lalu.
Mereka pernah berkahwin kali pertama tahun lalu.

Dengan berpakaian tuxedo, Sanele menggengam tangan ibu lima anak, Helen Shabangu, ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan yang dibuat tahun lalu di depan 100 tetamu. Murid sekolah itu berkata, dia mengadakan majlis itu sekali lagi kerana mahu menjadikan perkahwinannya rasmi.
Bagaimanapun, sebahagian penduduk kampung di Ximhungwe, daerah di Mpumalanga, Afrika Selatan, menyifatkannya sebagai ‘meloyakan.’ Majlis itu diadakan di depan suami Helen, Alfred Shabangu, 66, yang turut hadir pada majlis yang diadakan tahun lalu.

Alfred berkata: “Anak saya gembira kerana kami tidak mempunyai masalah dengan isteri saya berkahwin dengan budak itu. Dan saya tidak peduli apa orang lain kata.” Kedua-dua keluarga mendakwa perkahwinan itu hanya satu lagi ritual selepas Sanele kononnya didatangi roh nenek moyang bapanya yang memberitahunya supaya berkahwin tahun lalu.

Ibu bapanya memberi hantaran RM2,500 kepada pengantin perempuan dan RM5,000 lagi untuk mengadakan majlis tahun lalu.
Murid berkenaan, anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia mengadakan satu lagi majlis kerana mahukan perkahwinannya dibuat secara rasmi mengikut tradisi masyarakat setempat.

“Saya gembira berkahwin dengan Helen. Tetapi saya tetap akan meneruskan sekolah saya. Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita seusia saya.
“Saya gembira memilih Helen kerana saya cintakannya. Walapun kami tidak sentiasa tinggal bersama, kami sering bertemu di tempat pelupusan sampah, tempat ibu dan dia bekerja,” kata Sanele.

Helen yang mengenakan pakaian serupa yang dipakainya pada majlis tahun lalu berkata: “Saya gembira dipilih oleh Saneie dan keluarga saya menyokong dan memahami apa yang berlaku. Ini hanya untuk membuat nenek moyang kami gembira.

“Tak ada yang lain berlaku.” Ibu Sanele, Patience Masilela, 47, berkata, anaknya gembira dengan majlis tahun lalu dan mahukan majlis itu diadakan sekali lagi. “Dia tidak malu, malah gembira dapat berkahwin dengan Helen. Kami bimbang jika tidak mereka tidak berkahwin, keluarga kami akan ditimpa masalah,” katanya. - metro



Diterajang enggan bermadu



Kuala Lumpur: Tindakan seorang isteri enggan membenarkan suami berkahwin lain menyebabkan dia diterajang ala kung fu oleh suaminya hingga terpelanting.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa berusia 31 tahun dibelasah mangsa di kediaman mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin. 

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menyediakan juadah berbuka puasa sebelum suaminya tiba-tiba memberitahu hasrat mahu berkahwin lagi. 

Menurutnya, mangsa yang tersentak dengan permintaan itu bagaimanapun memberitahu tidak bersetuju dengan rancangan suaminya untuk bernikah lagi.- METRO






Dah tak puasa berjudi pula


Gombak: Lapan lelaki beragama Islam bukan hanya tidak berpuasa malah ditahan polis ketika leka bertaruh judi sabung ayam di kawasan Hutan Simpan Kampung Tengah Tambahan di sini.

Semua lelaki terbabit dikepung sebelum diberkas sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dalam serbuan mengejut jam 4 petang semalam. 
Sumber polis berkata, kumpulan kaki judi itu dikesan sengaja mengikat pisau kecil pada taji ayam bagi memastikan seekor ayam yang bertarung mati akibat cedera. 

Menurutnya, lapan lelaki membabitkan empat lelaki warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika sedang leka bertaruh sabung ayam.
“Setiap mereka datang ke lokasi itu dengan ayam sabung masing-masing. Pihak polis turut berjaya merampas lapan ekor ayam yang dijadikan modal pertaruhan.- Metro


ANGGOTA polis merampas ayam sabung.