Cikit-cikit

Thursday, August 28, 2014

Adab dan Sunnah Hari Jumaat


1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.

Para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat

Mandi pada hari Jumaat adalah sunat yang sangat digalakkan bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”
(Shahih HR. Bukhori dan Muslim)
Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim lelaki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Mandi Jumaat ini seperti mandi janabah iaitu seperti mandi wajib .. menyiram seluruh anggota tubuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)

Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”
(Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Huroiroh R.A menuturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”
(Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Solat Sunat setelah Solat Jumaat
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail berkata,“Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”
(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi

Nabi bersabda yang ertinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”
(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok)


Rahsia Jumaat

RAHSIA JUMAAT


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

 Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan 

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. 

Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga" 

Jangan tinggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan. 

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.



Tuesday, August 26, 2014

Rakitic: Saya Bukanlah Xavi

Rakitic senang dipanggil pengganti Xavi di Barcelona.
Ivan Rakitic mengalu-alukan perbandingan dengan pemain utama Barcelona,  Xavi namun menegaskan ia adalah mustahil untuk menggantikan pemain antarabangsa Sepanyol itu di Nou Camp. 

Rakitic, 26, tiba dari Sevilla musim panas ini dan andaian bahawa beliau akan menjadi pengganti sempurna untuk midfielder ikonik itu yang menjadi kapten baru the the Blaugrana dalam musim ke 17nya di kelab meskipun dikhabarkan akan pergi musim panas ini.

Xavi, 34, telah memenangi tujuh kejuaran La Liga dan tiga Liga Juara-juara bersama kelab dan Rakitic berbangga dengan perbandingan itu tapi mahu fokus mencipta namanya sendiri di Catalunya.

"Bagus bahawa orang mengatakan saya pengganti Xavi tapi saya Rakitic. Pengganti untuk pemain cukup hebat seperti Xavi tidak wujud," ujarnya.

"Saya tak sabar memulakan kempen liga. Kami berkerja-keras semasa pra-musim dan saya harap ia dapat ditunjukkan di atas padang. Barcelona akan kembali berkuasa.


"Saya sentiasa mahu menyertai Barcelona. Ia adalah impian saya."

Di Maria pemain termahal EPL

Manchester: Manchester United bersetuju menandatangani pemain sayap Real Madrid Angel Di Maria sekali gus melakar rekod baru perpindahan British, £59.7 juta (RM312.7 juta).
Pemain antarabangsa Argentina berusia 26 tahun itu berada di Manchester dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan jika proses perpindahannya lengkap. United dilapor sudah membelanjakan £132 juta (RM691.3 juta) pada musim panas ini.
Dia mungkin tampil buat kali pertama dalam aksi Liga Perdana menentang Burnley, Sabtu ini.

Yuran perpindahan itu memadam rekod bayaran £50 juta (RM261.8 juta) Chelsea untuk mendapatkan penyerang Liverpool, Fernando Torres pada 2011.



Kali terakhir United memecahkan rekod perpindahan British ketika membayar Leeds £29.1 (RM152.4 juta) untuk mendapatkan Rio Ferdinand pada 2002.


Kelab Old Trafford berkenaan sudah membeli pertahanan kiri Luke Shaw, pemain tengah Ander Herrera dan rakan sepasukan Di Maria dalam skuad Argentina, Marcos Rojo dengan jumlah perbelanjaan £72 juta (RM377 juta) pada musim panas kali ini.

“Di Maria tidak berlatih dengan kami hari ini. Dia hadir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemain dan pegawai di kelab ini,” kata pengurus Real Carlo Ancelotti, Ahad lalu.

“Keputusan untuk berpindah dibuatnya sendiri dan kami sudah melakukan yang terbaik untuk dia kekal di sini.”

Di Maria mengalami kecederaan paha ketika aksi suku akhir Piala Dunia yang menyaksikan Argentina menewaskan Belgium namun masih berada dalam senarai 10 pemain disenarai pendek FIFA untuk anugerah Pemain Terbaik. 

Dia menyertai Real selepas meninggalkan Benfica pada 2010 dengan harga £36 juta (RM188.3 juta) dan memenangi La Liga serta Liga Juara-Juara musim lalu. 

Bekas Presiden Real Ramon Calderon berkata, beliau tidak setuju Di Maria dijual kelab itu. - Agensi


SUMBER

Bellarabi Menjaringkan Gol Bundesliga Paling Pantas

 Midfielder ini memecahkan rekod divisyen teratas Jerman selama 16 tahun.
Karim Bellarabi menjaringkan gol Bundesliga paling pantas sepanjang zaman, untuk meletakkan oal Bayer Leverkusen mendahului Borussia Dortmund 1-0 hanya selepas sembilan saat perlawanan.

Midfielder berusia 24 tahun ini membuka jaringan semasa Leverkusen naik menyedari terus dari sepak mula perlawanan, melorongkan bola celah kelengkang Matthias Ginter dan melepaskan percubaan melepasi penjaga gol, Mitchell Langerak.


Sebelum jaringan Bellarabi, tiga orang pemain - Giovane Elber, Ulf Kirsten dan Paul Freier – memegang rekod terdahulu, 11 saat. Lihat carta 10 penjaring terbanyak di divisyen teratas bola sepak jerman.

RankNamaKelabTahunMasa(saat)
1Karim BellarabiBayer Leverkusen20149
2Giovane ElberBayern Munich199811
-Ulf KirstenBayer Leverkusen200211
-Paul FreierVfl Bochum200311
5Dirk ZanderFC St Pauli199112
6Adam SzalaiFSV Mainz201312.5
7Lothar MatthausBayern Munich198613
8Mohamed ZidanFSV Mainz200614
-Ronald WormMSV Duisburg197414
10Alexander ZicklerBayern Munich199716
-Martin DahlinMonchengladbach199716
-Henryk BaluszynskiVfl Bochum199516
-Uwe WegmannVfl Bochum199216

Duit Tak Boleh Beli 10 Benda Ini



Duit Tak Boleh Beli 10 Benda Ini | DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. 

Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.


Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.


1. Masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan

Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak

Untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta

Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan

Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan

Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan

Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat

Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik

Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.


Sumber


Status Budak Bertudung tuuuuttt...

Pasti anda akan terkata “astaghfirullah azim” bila melihat status awek melayu siap bertudung cantik-cantik tapi perangai tak ubah seperti seekor ayam betina yang dah tiada maruah diri langsung.dah tahu sekarang dunia sudah semakin tua zaman dah nak berakhir so macam-macam akan boleh jadi.


Akaun facebook awek ini real atau pun sekadar fake itu aku tak leh jawab kerana agak mustahil seorang yang berperibadi seperti itu mengungkapkan kata-kata yang sangat memalukan.bayangkan jika status ini dilihat oleh ibubapa dia sendiri!..
Kemungkinan besar akaun facebook ini hanya gurauan semata dari orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak lain tidak bukan empunya akaun facebook ini adalah seorang lelaki yang mungkin sekarang ini tengah gersang gila seks kot..haha..
Dan ada kemungkinan juga akaun facebook ini di buat atas sebab-sebab tertentu seperti contoh lelaki ini mungkin telah ditinggal kan oleh awek dalam gambar di akaun facebook itu.



So Pengajaran jangan lah jadikan laman sosial untuk menunjukan kebodohan dan kebabian anda...
sekian...






Sunday, August 24, 2014

'Saya tanggung malu'

Kuala Lumpur: “Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.
“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan.”
Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’ bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).

Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.
“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet,” katanya.

Sumber

Di Maria Mahu Tinggalkan Madrid

Angel Di Maria dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti memberitahu bahawa  Angel Di Maria memohon perpindahan meninggalkan kelab. 
Di Maria, yang giat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Paris St Germain, telah menolak tawaran kontrak baru bersama juara Eropah tersebut.
Ancelotti memberitahu. "Di Maria meminta untuk pergi musim panas ini dan menolak tawaran kelab. Pemain itu perlu mencari penyelesaiannya sendiri.
"Jika pasaran perpindahan ditutup dan dia masih di sini, dia akan berkerja dengan kami seperti musim lepas dan tidak akan ada masalah.”

Madrid membeli dua orang lagi midfielder serangan, James Rodriguez dan Toni Kroos musim panas ini, untuk meningkatkan tekanan persaingan dalam skuad yang sudah pun dipenuhi pemain bintang.

Sumber

Tuesday, August 19, 2014

Fesyen Muslimah Atas Tertutup, Bawah Terdedah

Fesyen manusia saban hari berubah-rubah mengikut peredaran zaman. Begitu juga dengan fesyen muslimah yang tidak ketinggalan. Namun, baru-baru ini ada yang cuba mencetuskan fesyen ‘terkini’ dengan menggunakan trademark ‘Keep Calm’ khas untuk perempuan bertudung yang dilihat tidak kena langsung!



Fesyen apakah ini? Di atas kepada menutup aurat namun di bahagian dada dan kaki pula didedahkan dengan sewenang-wenangnya. Barangkali si pencetus fesyen kurang cerdik ini tidak mengerti pengertian menutup aurat yang sebenar.
Terus terangnya, tiada sesiapa yang boleh ‘keep calm’ melihat fesyen ajaran sesat seperti ini. Nyata si pereka terdesak mencari keuntungan sehingga mengabaikan larangan agama Islam.

Mohon orang ramai jangan sesekali membeli pakaian yang tidak senonoh ini. Jika ternampak, elok ditegur saja si penjualnya.

Aksi Selfie Budak Sekolah Zaman Sekarang Yang Melampau


Aksi Selfie Budak Sekolah Zaman Sekarang Yang Melampau - Persoalan kenapa apa dah jadi dengan budak zaman sekarang? dimana maruah mereka gambar2 disebar langsung tidak mencerminkan budaya warga kita.

Entah dimana silapnya budaya malu dikalangan remaja semakin tipis..ini kalau emak bapak dia tengok mesti sedih!!!



Ruang Dosa Di Facebook


Mungkin kita pernah terbaca beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.

” Hari ni saya keluar dating dengan bf saya ”
” Seronoknya keluar dengan **** semalam kat mall, thanx!!!”
” Awak ni gatal la sayang 
;-) 

” baby, bila lagi nak ‘study’ sama-sama? ”
” awak cantik pakai baju tu, cun! ”

Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.

Mungkin kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku ” Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma’shiyat ” atau ” 15 Kaedah Selamat Dari Maksiat “, penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :

” Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain : ‘ Hai pulan, semalam aku melakukan ini dan itu.’ Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya. “

( riwayat Al-Bukhari (6069) dan Muslim (6990) )

Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjururs melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)
Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan.

” Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya : tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? “

(Surah al-Jatsiyah ayat 23)

Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.

Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang Maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahu oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berhati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri tanpa kita sedar.
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubatlah sebelum terlambat !


Bukan nak salahkan facebook, tapi kita harus sedar bahawa internet telah menguasai dunia dan digunakan secara terbuka dan bukan tempat untuk kita melakukan maksiat!



Monday, August 18, 2014

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah calon suami yang mempunyai sifat-sifat berikut manakalajika anda seorang lelaki, jadilah seorang suami yang mempunyai sifat-sifat berikut:

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

13 Alasan Wanita Tentang Aurat..(Mohon Terasa)

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam,dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam



Sumber




Gabungan watak comic COOL!!!!!



Bila Super Hero Berpakaian Hello Kitty (Avangers)

Super Hero Berpakaian Hello Kitty Lawak Derrrrrr.....Pink gitu

THOR
CAPTAIN AMERICA
NICK FURY
IRON MAN 
HAWKEYE
BLACK WIDOW
AGENT COULSON
SUMBER

A-Z Kehebatan karya Neill Cameron (PICTURE)