Jika anda seorang wanita, carilah calon suami yang mempunyai sifat-sifat
berikut manakalajika anda seorang lelaki, jadilah seorang suami yang mempunyai
sifat-sifat berikut:
- Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal
waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat
ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
- Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah
bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan
peribadi dan hatinya yang mulia.
- Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh
menjatuhkan kredibilitinya.
- Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan.
- Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang
bercakap-cakap.
- Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu
dirinya mampu berbuat demikian.
- Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
- Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
- Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
No comments:
Post a Comment