Manchester:
Manchester United bersetuju menandatangani pemain sayap Real Madrid Angel Di
Maria sekali gus melakar rekod baru perpindahan British, £59.7 juta (RM312.7
juta).
Pemain antarabangsa Argentina berusia
26 tahun itu berada di Manchester dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan
jika proses perpindahannya lengkap. United dilapor sudah membelanjakan £132
juta (RM691.3 juta) pada musim panas ini.
Dia mungkin tampil buat kali pertama dalam aksi Liga Perdana menentang
Burnley, Sabtu ini.
Yuran perpindahan itu memadam rekod bayaran £50 juta (RM261.8 juta) Chelsea untuk mendapatkan penyerang Liverpool, Fernando Torres pada 2011.
Yuran perpindahan itu memadam rekod bayaran £50 juta (RM261.8 juta) Chelsea untuk mendapatkan penyerang Liverpool, Fernando Torres pada 2011.
Kali
terakhir United memecahkan rekod perpindahan British ketika membayar Leeds
£29.1 (RM152.4 juta) untuk mendapatkan Rio Ferdinand pada 2002.
Kelab Old Trafford berkenaan sudah membeli pertahanan kiri Luke Shaw, pemain tengah Ander Herrera dan rakan sepasukan Di Maria dalam skuad Argentina, Marcos Rojo dengan jumlah perbelanjaan £72 juta (RM377 juta) pada musim panas kali ini.
“Di Maria tidak berlatih dengan kami hari ini. Dia hadir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemain dan pegawai di kelab ini,” kata pengurus Real Carlo Ancelotti, Ahad lalu.
“Keputusan untuk berpindah dibuatnya sendiri dan kami sudah melakukan yang terbaik untuk dia kekal di sini.”
Di Maria mengalami kecederaan paha ketika aksi suku akhir Piala Dunia yang menyaksikan Argentina menewaskan Belgium namun masih berada dalam senarai 10 pemain disenarai pendek FIFA untuk anugerah Pemain Terbaik.
Dia menyertai Real selepas meninggalkan Benfica pada 2010 dengan harga £36 juta (RM188.3 juta) dan memenangi La Liga serta Liga Juara-Juara musim lalu.
Bekas Presiden Real Ramon Calderon berkata, beliau tidak setuju Di Maria dijual kelab itu. - Agensi
SUMBER
No comments:
Post a Comment