Manchester United buat bidaan lewat untuk Angel Di Maria. |
Manchester
United bakal menawarkan Angel Di Maria gaji mingguan £120,000 untuk menyelinap
mengatasi tawaran PSG.
Di Maria
dalam rundingan penting bersama PSG ketika ini tapi muncul laporan hujung
minggu lepas bahawa United cuba mencelah membuat bidaan.
Ia
mendakwa the Red Devils berharap dapat membawa Di Maria ke Old Trafford dengan
menawarkan gaji setinggi £120,000 seminggu.
Pemain
sayap Argentina itu ketika ini menerima gaji £70,000 seminggu di Madrid dan PSG
tidak bersedia sepenuhnya untuk menambah gaji tersebut jika mahu mendapatkan
beliau.
Tawaran
kontrak lumayan United tiba lewat tapi Di Maria masih belum membuat keputusan
di mana beliau akan beraksi musim hadapan dan Louis van Gaal boleh
menyambarnya.
Van Gaal
dikatakan sudah lama meminati Di Maria dan terdesak untuk mendapatkan pemain itu
sebagai sebahagian dari rombakan skuadnya.
info : http://wiselonline.com/
info : http://wiselonline.com/
No comments:
Post a Comment