City mahukan Aguero tandatangan kontrak baru sebelum bermula musim baru |
Manchester City berharap Sergio Aguero
akan menandatangani kontrak batu dengan gaji mingguan £210,000, sebelum
bermulanya musim baru.
Juara Liga Perdana
Inggeris itu jelas menunjukkan bahawa penyerang Argentina itu memainkan peranan
penting dalam masa depan mereka, bersama kapten pasukan, Vincent Kompany, dan
perbincangan berjalan lancar.
Real Madrid dan
Barcelona tidak merahsiakan minat mereka terhadap Aguero, 26, tapi City
mahu menamatkannya dengan kontrak baru dipertingkatkan selama lima tahun,
menamatkan kontrak sekarang yang berakhir pada tahun 2017.
Aguero diselubungi
kecederaan berulang musim lepas, tapi masih mampu menjaringkan 28 gol dalam 34
perlawanan.
City telah memulakan
rundingan dengan Kompany berhubung kontrak yang sama lumayannya dan berharap
Edin Dzeko, Joe Hart dan James Milner akan mengikuti jejak yang sama.
info : http://wiselonline.com/
No comments:
Post a Comment