Bos baru
Tottenham yakin Erik Lamela akan buktikan dirinya bukan gagal
|
Pengurus Tottenham,
Mauricio Pochettino memberikan sokongan kepada rakan senegaranya, Erik
Lamela untuk membuktikan bahawa beliau bukanlah pembelian mahal £30 juta
yang gagal.
Lamela tiba di Spurs dari Roma
musim panas lepas dengan harga rekod perpindahan kelab – tapi kecederaan serta
kesukaran menyesuaikan diri dengan kehidupan di London – menyaksikan pemain
Argentina ini bergelut mencari prestasi terbaiknya.
Salah satu sasaran utama
Pochettino ialah mendapatkan yang terbaik dari Lamela, pemain yang muncul
sebagai antara pemain muda berbakat besar di Serie A.
Dan bos Tottenham itu
memberitahu: ‘Kami tahu Erik Lamela dari Argentina dan Itali. Tapi dia masih
muda dan Liga Perdana Inggeris adalah liga paling sukar untuk bermain; stail;
bahasa.
‘Tapi selepas setahun, kami
percaya bahawa Erik sudah sedia menunjukkan kualitinya.
‘Adakah dia akan bermain sebagai
pemain No.10 atau pemain sayap? Ia bergantung kepada situasi. Falsafah saya
ialah memberikan permainan bebas dengan penyusunan yang bagus, tapi bukan
sahaja untuk Erik, sama juga dengan pemain lain.’
info : http://wiselonline.com/
info : http://wiselonline.com/
No comments:
Post a Comment