Mungkin kita
pernah terbaca beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, lihat
di wall facebook kita
atau sahabat-sahabat yang lain.
”
Hari ni saya keluar dating dengan bf saya ”
” Seronoknya keluar dengan **** semalam kat mall, thanx!!!”
” Awak ni gatal la sayang ”
” baby, bila lagi nak ‘study’ sama-sama? ”
” awak cantik pakai baju tu, cun! ”
” Seronoknya keluar dengan **** semalam kat mall, thanx!!!”
” Awak ni gatal la sayang ”
” baby, bila lagi nak ‘study’ sama-sama? ”
” awak cantik pakai baju tu, cun! ”
Dan
pelbagai lagi contoh-contoh komen yang tak sepatutnya. Kemudian, agak
menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan
aurat kita sendiri dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara
berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin
kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan
gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita
sendiri dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut
buku ” Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma’shiyat ” atau ” 15 Kaedah Selamat Dari
Maksiat “, penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan
jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh
dikongsikan.
Bersumberkan
dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :
” Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda : Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan
maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah,
seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya,
namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain : ‘ Hai pulan,
semalam aku melakukan ini dan itu.’ Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi
aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu
darinya. “
( riwayat Al-Bukhari (6069) dan Muslim
(6990) )
Malangnya
bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan
maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering
menjururs melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan
tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah
berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)
Adakah
kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita
melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan dan
pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita
menghebahkannya dalam laman web sosial dan berbangga dengan perbuatan tersebut.
Kita jadikan nafsu sebagai tuhan.
” Dengan yang demikian, bagaimana
fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya : tuhan
yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa
ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya,
serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang
dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia
berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar)
tidak ingat dan insaf? “
(Surah
al-Jatsiyah ayat 23)
Kita
sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran,
malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan
persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.
Justeru,
sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang
dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya
tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum tentang perkara terkutuk tersebut,
kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang
mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan
Yang Maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat
dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat
tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahu oleh sesiapa pun.
Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum.
Berhati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam
laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri tanpa kita sedar.
Tetapi,
ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita
melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan
kemurkaan Allah. Bertaubatlah sebelum terlambat !
Bukan
nak salahkan facebook, tapi kita harus sedar bahawa
internet telah menguasai dunia dan digunakan secara terbuka dan bukan tempat
untuk kita melakukan maksiat!
No comments:
Post a Comment