Cikit-cikit

Sunday, August 17, 2014

Cabaye: Saya Perlu Buktikan Diri Saya Di PSG

Cabaye cuma memulakan sembilan perlawanan Ligue 1 selepas berpindah dari Newcastle United bulan Januari tahun lepas.
Yohan Cabaye memberitahu beliau tidak pasti sama ada mampu mengukuhkan tempatnya sebagai kesebelasan utama regular di Paris Saint-Germain musim ini.
Melihat kepada kemaraan Perancis hingga ke suku akhir Piala Dunia, midfielder Lille ini memulakan latihan pramusim lebih lewat berbanding rakan sepasukannya dan dilihat masih berada di belakang Thiago Motta, Marco Verratti dan Blaise Matuidi dalam pilihan perancangan midfield tiga pemain oleh Laurent Blanc.
Walaupun ia tidak menjejaskan kedudukannya dengan pengurus pasukan kebangsaan, Didier Deschamps sebelum ke kejohanan di Brazil, karier yang berterusan di bangku simpanan PSG boleh menjejaskan karier kelab dan antarabangsa Cabaye dan pemain itu menyedari hanya prestasinya dapat mengubah keadaan tersebut. 
"Sukar untuk mengetahui sama ada saya akan mendapat lebih banyak waktu permainan. Saya tiba enam bulan yang lalu," Cabaye, 28, memberitahu.
"Sekarang, saya akan melalui satu musim. Saya tidak melalui pramusim dari mula lagi. Tapi harapan saya ialah dapat bermain sebanyak perlawanan yang boleh. Saya juga perlu buktikannya di atas padang dan hanya di situ saya dapat meminta sesuatu.

"Saya menyiapkan diri saya untuk bermain sebanyak mana perlawanan yang boleh. Apabila saya berada di atas padang, saya akan berikan segala-galanya. Anda harus meyakini saya. Saya 100 peratus komited dengan projek kelab."

No comments:

Post a Comment