Kuala Lumpur: “Orang hanya pandai mengata, tuduh
saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah
jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar
rumah sesuka hati.
“Kalau perkara sama
berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang
saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan
janganlah tuduh kami yang bukan-bukan.”
Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas
rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’
bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).
Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.
“Saya
memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video
berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet,” katanya.
Sumber
Sumber
No comments:
Post a Comment