Cikit-cikit

Sunday, August 17, 2014

Usah jadi ‘harta awam’ di laman sosial

Kuala Lumpur: “Jangan jadikan diri kita sebagai ‘harta awam’ dengan berkongsi gambar peribadi di laman sosial boleh dilihat sesiapa saja. ‘Harta awam’ bermakna kita bersedia digunakan sesiapa saja sama ada melalui cara baik atau buruk.”
Demikian tegas pakar sosial Prof Dr Mohammad Shatar Sabran mengenai keghairahan pengguna laman sosial terutama wanita berkongsi gambar peribadi mereka sewenang-wenangnya sehingga dieksploitasi ke arah keburukan.
Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia berkata, sekiranya keadaan itu berlaku individu berkenaan tidak boleh menyalahkan ‘masyarakat digital’ apabila gambarnya dikutuk atau diubah sehingga mendatangkan fitnah kerana dia bersetuju menjadi ‘harta awam’ yang boleh digunakan sesiapa saja mengikut cara dikehendaki. 

“Itulah bezanya cara generasi dulu dan hari ini bersosial apabila generasi moden ini mereka terlalu ghairah berkongsi segala kisah dan gambar di laman sosial tanpa memikirkan kesannya kepada masa depan diri dan keluarga.

“Mempertontonkan gambar tidak sepatutnya dilihat orang ramai seperti gambar seksi dan sebagainya umpama bom jangka yang boleh membunuh masa depan walaupun mereka sebenarnya lebih mengharapkan untuk mendapat pujian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini semalam.
p/s : jangan dijadikan perhiasaan Dunia...

Sumber


No comments:

Post a Comment