Pengunjung pasar Pasir Pinji, di sini, gempar
apabila seorang lelaki ditetak sehingga parah oleh seorang penjenayah sebelum
diselamatkan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah, semalam.
Dalam kejadian jam
10 pagi, mangsa berusia 42 tahun berlari di sekeliling pasar bagi mengelak
terus ditetak suspek.
MANGSA parah di tangan dan
kaki akibat ditetak.
|
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata,
tindakan pantas seorang anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan
terbabit berjaya menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan teruk.
“Anggota polis memberi amaran supaya suspek meletakkan parang dan tindakannya berjaya menyelamatkan mangsa daripada terus ditetak.
“Anggota polis memberi amaran supaya suspek meletakkan parang dan tindakannya berjaya menyelamatkan mangsa daripada terus ditetak.
“Suspek
kemudian ditahan manakala parang terbabit dirampas untuk siasatan. Mangsa
cedera parah di tangan kiri dan kaki kiri,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk rawatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin bermotifkan dendam akibat masalah hutang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan”.
Info : Sumber
No comments:
Post a Comment