Bagi kamu yang
baru saja bekerja dan dapat menikmati pendapatan sendiri buat kali pertama,
pastinya dorongan untuk membeli pelbagai keperluan itu kadangkala keterlaluan.
Oleh itu, apa
kata belajar dulu cara untuk menyimpan duit dengan mudah dan paling penting
memastikan kewangan anda stabil manakala wang tidak dibazirkan pada sesuatu
yang tidak berfaedah.
4 tips nak
jimat duit:
1. Uruskan
hutang terlebih dulu - Jika anda terlalu banyak berhutang, itu menyukarkan
anda untuk menjadualkan perbelanjaan bulanan. Ia juga akan mengganggu kewangan
seterusnya menyebabkan anda gagal untuk menyimpan lebihan wang kerana beban
hutang yang keterlaluan.
Apa kata dengan
duit dalam tangan, bayar dulu hutang yang tertunggak mengikut kemampuan dan
pada masa yang sama, elakkan dari berhutang pada masa hadapan.
2. Beli mana
yang patut - Seterusnya, jadualkan terlebih dulu perkara perkara dan
barang yang ingin dibeli dalam tempoh sebulan. Mungkin anda ingin membeli
telefon pintar baru maka perlu buat perancangan yang bijak agar tidak muflis.
Paling ideal
adalah dengan membeli sesuatu yang menjadi keperluan dulu seperti barang dapur,
pakaian dan juga makanan.
3. Tetapkan masa
- Untuk menjadikan diri anda lebih bermotivasi dan dedikasi, apa kata
tetapkan masa yang perlu diperuntukkan untuk mencapai sesuatu sasaran.
Misalnya, anda ingin membeli kereta dan rumah baru. Tetapkan bila tarikh akhir
untuk mencapai sasaran itu.
Dengan cara
ini, anda boleh menyimpan duit untuk masa akan datang bagi mencapai objektif
itu.
4. Simpan rekod
- Jangan lupa untuk menyimpan rekod kewangan untuk menilai sebanyak mana
wang yang dibelanjakan dalam sebulan. Adakah ia berbaloi ataupun sebaliknya.
Memandangkan anda bebas melakukan pilihan, catat segala perbelanjaan mingguan
dan bulanan dalam nota.
Senaraikan
semua perbelanjaan bukan hanya yang kecil kecil saja. Letakkan juga kategori
bagi setiap perbelanjaan seperti sewa rumah, ansuran kereta dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment